Sunday, 11 October 2015

MDS Puncak Alam Part 1

Assalamualaikum!

hohohoho~~
Minggu ni agak sibuk dalam mengejar tarikh akhir CTU551 aku.. padan laa.. sapa suruh buat last minute.. kepada semua, sila jangan buat kerja akhir masa, buruk padahnyaa..
Rasa hari tu macam ada janji nak story pasal MDS Sept. 2015
Start ala-ala simple je laa.. di sebabkan hometown daku agak jauh, so kami bermalam kat Kapar Klang laa.. dikira macam balik tempat lama laa sebab dulu duduk sana 5 tahun

1 sept. 2015
Acah- acah diari pulak~
Dalam pukul 9 pagi laa aku sampai Uitm Puncak Alam.. sebab MDS kemasukan Ijazah selalunya buat kat Puncak Alam, bak kata junior sekolahku. Dalam pukul 10 macam tu keluarga aku bertolak balik sebab mak tak sihat. tata family. cakap sal sedih, sapa tak sedih tapi hati kena kental.. kita kan nak menuntut ilmu?
Dalam kul 3 petang, kami berkumpul kat depan kolej 'tumpangan" *sebab nak pindah jugak nanti* Kebanyakan aktiviti banyak buat dekat Surau Ibnu Sina. Petang tu macam sesi 'ice breaking' laa.. dia perkenalkan semua tulang belakang MDS sesi sept. laa.. disebabkan aq cepat blur waktu petang, ada beberapa PM jaa aku ingat nama *PM ni macam fasi laa tapi aq lupa PM tu stand untuk apa*
Malam tuu.. lepas solat isyak, kami semua buat check up list untuk pendaftaran.. dikira macam tengok mana-mana borang yang tak lengkap laa and malam tu berakhir dalam pukul 12 lebih
*orentasi apa-apa pun memang biasanya tamat lewat*

2 sept. 2015
Hari ni menarik sebab akhirnya aku berpeluang rasa 'tangga kejayaan' diwar-warkan pada blog-blog orang lain sebelum aku masuk UiTM ni.. haha~
kami dikira check up semua borang sebelum pergi Puncak Perdana laa.. so mudah laa.. just bagi jaa fail lengkap bila balik Puncak Perdana nanti.. Borang kemasukan akademik settle.. borang kesihatan laa ada masalah.. But disebabkan kecuaian aku, borang kesihatan tak lengkap.. Sob Sob..
Pesanan penaja kepada adik-adik yang bakal masuk U nanti pastikn semua borang korang lengkap A to Z supaya tidak mengalami masalah seperti seniormu ini.. *acah-acah senior pulak*
Hah.. part naik tangga paling best skali.. turun tak rasa apa.. Naik tu yang best.. huh.. yang pastinya, sampai jaa tingkat atas, aku terus bisu tanpa suara.. hah gituu.. sampai senior tanya okey x.. aq just tunjuk thumb up jaa.. huhuuhuhu
malam tu ada perjumpaan ringkas dengan senior MPP sesi 2014/15 kat Dewan Serbaguna Kolej Angsana tak salah aku nama tempat tuu.. Time tu gagahkan juga mata tengok even aku macam habis bateri time tuu.. dan jangan disangka hari ini akan berakhir begitu sahaja.. ehhh.. secret laa.. apa barang semua benda nak citee.. hahahahaha..


nanti kita sambung part 2 MDS nii.. chek pun penat merecall nii.. fuh fuh
inshaAllah.. ada masa n ketika story MDS ni akan disambung..

Wasalam and Sayonara!

No comments:

Post a Comment

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...