Monday, 2 May 2016

Confession Seorang Sahabat

Assalamualaikum~
Selamat sejahtera, Salam Senyum Selalu dan Salam UiTM dihatiku~
omomomomomomomomomomomomo~~

Merujuk tajuk di atas, ini adalah confession. open letter to everyone yang pernah, sedang dan bakal mengenali insan kerdil bersama Nur Alia aka Tamtam
haahahahahahahahah
first of all laa~ terima kasih, terima kasih dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjalinkan hubungan silaturahim dengan sayaa~

untuk makluman semua, confession ini terbahagi kepada dua iaitu terima kasih dan maaf

TERIMA KASIH~
terima kasih menerima baik buruk sya, menerima kelakuan saya kadangnya normal, kadangnya gila. memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu. melayan tiap bait soalan yang lahir dari mulut ini. terima kasih kerana sudi menjadi pencoret, pelukis, penulis dan perwarna hidup saya sehingga hidup saya seindah ini. terima kasih kerana menhulurkan semangat ketika saya jatuh dan penyedar ketika saya berjaya. terima kasih kerana menjadi medium ujian dan memberi seribu satu kekuatan pada diri ini. terima kasih kerana selalu ada ketika diperlukan, sabar melayan kedegilan kuasa 5 saya. terima kasih kerana mengingatkan saya untuk kembali ke jalanNya secara sedar atau tidak. terima kasih kerana selalu ingatkan untuk kembali sujud padaNya, mohon tunggu saya di pintu syurga. jika tiada saya disana, mohon cari saya di neraka untuk membantu saya~ terima kasih menjadi role model saya. tanpa anda, tiada lah saya sekuat ini.

MAAF~
Maaf sebab saya bukan insan sesempurna yang anda semua harapkan.. maaf sebab tidak mampu menghargai kamu semua sebagaimana kamu semua menghargai diri ini. maaf jika terkadang kata-kata dari bibir ini menguris hati kamu. maaf jika saya terpesongkan kamu dari mencintai yang Esa. Maaf kerana saya tidak mampu menegur kamu tak kala kamu terhanyut. maaf maaf maaf saya pinta. maaf saya tidak mampu mengembirakan hati kamu kamu semua. maaf jika saya tidak sebaik yang kamu harapkan. maaf kerana saya hanya insan biasa yang terpalit dosa.

Sebak pulak tetiba~ hahahaha.. feeling tinggalkan wasiat kau~
papa pun, selalu laa ingat

"kamu tahu siapa kamu di hati saya"

sebelum banjir kilat depan laptop, baik aku berhenti.. hahahaahha
tata & wasalam

No comments:

Post a Comment

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...