Wednesday, 6 September 2017

Cerita tentang Attachment Institut Jantung Negara Part 2 πŸ€, Turututuruu

Assalamualaikum, 
Salam sejahtera
dan Selamat pagi. 

Biarpun bukan DR, P/S:Time ni demam, tu yang ber'mask'
Again. hahhaahah. Sukacita dimaklumkan tuan blog memang suka menulis tengah pagi. hobi katanya. actually dak. dia baru abis makan maggi sebab lapar. hahaah. and aku tak kan habaq pada pukul berapa aku makan sebab nanti kantoi laaa dia makan tengah pagi but secara literally and boleh tengok bila entry ni dipostkan. tett. hahaha. mengarut. okey kita terus kepada tujuan utama

As saya Alia yang comel dan comel janjikan *amin*, maka saya akan sambung part 2 mini mini attachment day kali ketiga iaitu baru jaaa abis minggu lepas. masih segar di ingatan. gituu. hahahha

okey. suka saya nak mention kerja kali ini berbeza tugasnya berbanding yang lepas. Sila rujuk entry lepas jika anda macam blur apa yang mak cik ini tengah mentionkan. berbekal semangat dan rasa tak malu dari sem lepas, aku join yg kali ini punya. Tapi trip kali ni, aku abis hasut geng aku yang sebelum ni join. atas dasar, tak kesian ke kat aku sesorang sambil buat muka kesian. hahahahaha. 

Kali ini punya projek namanya Data Entry and Melekatkan Color Coding. okey. 
Untuk pengetahuan semua adik akak abang dan sesiapa pun anda, majoriti institusi hospital mengunakan warna untuk melabelkan coding setiap fail. Hal ini demikian kerana ang boleh tengok kaler tu dari jauh. okey, tidak. sebab kita manusia lebih tertarik dan peka kepada warna berbanding nombor. pada asasnya rekod hospital menggunakan running number as coding system. So kita, bukan mereka telah menambah baik dengan padankan satu nombor dengan satu warna. which is IJN buat. 

Okey serius. nak ajar type of coding system pulaaakkk. hahaha. ada lima semuanya which is:
¡Decimal System- kiranya dia ada titik perpuluhan laaa. setiap titik tu ada pemisah dia
¡Multi-part System- sama jaa dengan decimal tapi dia dipisahkan dengan slash
¡Alphanumerical System- bertepatan dengan nama dia, dia campuran dengan huruf dan nombor
¡Running number System- coding yang guna nombor yang berterusan
¡Block Number System- yang ini tak salah ikut function 
¡Keyword Code System- guna perkataan yang telah didaftarkan as keyword laa

contoh ek. kalau ada satu fail student contohnya. 
 UITM/FPM/REC/Sept2017 *ni adalah contoh bagi multi-part system coding. every word ada maksud diaa
UITM- Nama Universiti
FPM- Nama fakulti, Fakulti pengurusan Maklumat
Rec- Nama kursus dia
Sept2017- time intake dia masuk

 Untuk contoh lain sila google ye. hakak ni ajar apa yang hakak tahu sahaja. hihi. and again, kalau salah tegur naahh

Berbalik kepada tajuk asal. So kami akan letak sticker warna kat fail IJN ni sebab katanya ada sejarah misfiling. Jadi harapnya dengan melekatkan sticker kaler ikut section akan menggurangkan masalah tersebut. So team Uitm yang berjumlah 69 dibahagikan kepada 2. Setengah buat kerja data entry kat tingkat 5 dan setengah lagi akan lekatkan color sticker kat storage. Dan disebabkan nama saya bermula dengan Nur plus huruf A dihadapan, jadi aku duduk atas buat kerja team data entry. Tak juga, aku buat kerja before data entry dibuat. *actually aku rasa paper record ngan aku mcam bestie. Tak akan terpisah* so kami yang kat tingkat 5 ni, menguruskan 4 jenis rekod which is CCU Chart, MC Booklet, CD dan Retained Document.

For information, lepas dimasukkan data bahan rekod tu, ianya akan dihantar ke warehouse. Dan akan disimpan. If orang mintak, depa akan retrieve balik bahan tuu. Untuk CCU Chart, CD dan MC. Ianya di key in sahaja. Berbeza dengan retained document, dia aadaa kerja kerja khas before di data entrykan. Kita kena check apa jaa form yang ada and tick kat checklist.

Untuk kali ini punya practical, aku dapat kerja lain sikit. Ye laa, nama pun ketua, kerja mesti heavy berbanding yang lain. *actually tak heavy pun, special mungkin.* hahaahahaa. Disini laa aku bertemu dengan kekasih aku which is Mesin Photostat bersama adik beliau which is kertas A4.
Say Hello to my BF πŸ’œ
Hahahhahahahahhah. Okey, serious talk, aku sayang gila mesin Photostat tuu. Hakhakhak. Aku masih lagi merinduinya. Till sekarang. Everyday aku akan photostat check list untuk retained document. Disebabkan perempuan cepat kerja macam ini, hampir setiap hari aku akan turun. Hampir 1000 keping jgak laaa. 2 hari sekali aku akan jenguk kepala kat bilik admin untuk minta kertas. Sampai kadang-kadang tak sempat habaq dah dihulurkan kertas.

Lepas di key in maklumat yang diperlukan dalam system, setiap kotak tu akan di’QC’ oleh team kotak. Yup, memang nama team kotak. Sebab depa paling tere buat kotak mungkin. Hihihi. Depa akan check kuantiti sama tak dengan dalam system. Pastu letak kat belakang, tunggu orang orang dari warehouse amik. Yeaaahh, abis.

Itu laa kerja untuk kali ini punya practical. Cuma sem ni aku bertindak as ketua. Dan sesungguhnya menjadi ketua adalah tanggungjwab yang sangat sangat sangat besar. 
Untuk sesiapa yang mengenali aku, aku adalah insan kartun yang mudah gelabah. So quite hard untuk aku sembunyikan kerisauan aku bila tak cukup orang atas bas setiap kali trip pergi dan balik. Aku cuma harap kita as student practical tak kira laa mini attachment or yang untuk setiap sem tu, jagalah tingkah laku. Sejujurnya orang tengok kita dan kita sendiri menjadi duta kecil untuk university kita. Hormat menghormati sesame sendiri dan staff juga. Jangan fikir kenapa orang tak hormat orang lain kalau kita sendiri tak belajar nak hormat orang lain. #DoneCeramah

Cuma aku as ketua nak amik kesempatan untuk minta maaf sebab tak mampu jadi ketua yang cukup berkaliber. Banyak lagi nak kena belajar and this is one of my learning platform. Hee.

Jadi saya menyeru kepada semua, kalau ada peluang macam ni, join laa. 
Bila lagi nak dapat pengalaman seperti
  • banguun pagi pagi, 
  • berlari kejar bas, 
  • turun tangga sebab lif digunakan, 
  • berbual dengan mesin fotostate hujung minggu, 
  • kena tegur ngan mak cik cleaner, 
  • makan roti dari Bread Story, 
  • mereput tunggu bas lepas kerja, 
  • main kejar kejar atas jejantas, 
  • baca buku kat PNM mementara tunggu solat jumaat, 
  • recap memori ngan senior yang kerja sana, 
  • usha anak orang, ehhhh. Aku bukan anak orang ja. Hahahaahah. Teeetttttt.


Itu jelaah perkongsian kali ini, ada hidayah kita sembang benda lain. Contohnya kat mana tempatt best kat Shah Alam ke *Shah alam ada apa weii?* bila ang nak perasan aku suka ang kaa? Ehhhh? Hahahaha. Sekian sahaja. Sayonara dan wasalam.


P/S: Like before, aku akan tempek beberapa ketul gambar kali ini. Banyak bhai. Biasa laaa. As ketua ah lantik biro multimedia kot. hahahhaah *Still gambar dengan signboard IJN tak ada sampai sudah*


↓↓Gambar kat bawah laaaaaa↓↓



Reward sebab jawab soalan. Terima kasih 🌸

Pemandangan dari PNM terchentaπŸ’‹



Hubby separuh masa


Teman yanananana buat data entry

Taklimat ngan Madam Nik

Hari Pendaftaran

Bila ang banyak peminat *Waktu Rehat, tido je laa*


Thank belanja Roti plus kaya πŸ’œ

Okey, ini istilah isi masa lapang tunggu bas

Thank En Zaki lanjee 

Team 3 this time. Tukang amik gambor

ermmmmmmmmmmm

Yeah, i am done as ketua this time πŸ’Ÿ 
Hahaha. last picture with memories



Last kerja before balik. Bai En Nafis

Akhirnyaaa πŸ’™

Kelas excel bersama cikgu Nafis
Sis Kema yang jadi tukang kira, tukang menenangkan dan tukang mendengar πŸ’œ

Housemate, soulmate and my assistants 

No comments:

Post a Comment

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...