Monday, 4 September 2017

Turututuruu, Cerita tentang Attachment Institut Jantung Negara Part 1πŸ€

Assalamualaikum semua.
Dan salam sejahtera semua.
Selamat pagi semua.

Jam ketika ini menunjukkan jam 12.55 pagi. Dan suka saya tegaskan ini bukan rantaian cerita hantu. hahhahaha. Mana ada. saja nak habaq kata tuan blog tak leh tido
Sebenarnya dah laama nak tulis sal hari hari mini practikal kat IJN ni, tapi as usual laa, malas menguasai diri ini. hakhak.

Thank untuk semua yang wish time birthday di IJN arituuπŸ’™
BTW, masih tak terlambat nak ucapkan selamat datang kepada student baharu UiTM terutama yang dapat Fakulti Pengurusan Maklumat dan lebih perinciannya Pengurusan Rekod. Mesti muka confuse. kos apa laa yang aku dapat. hahahaha. Jangan risau, anda akan dapat pencerahannya bila masuk kuliah kelak.

okey jangan menyimpang, nanti tak siap siap sampai sudah. Hidayah nak menulis dah laa susah nak dapat. Mari kita hargainya bersama *actually aku laa kena hargainya

Okey untuk pengetahuan insan insan yang terajin baca post ni, Fakulti Pengurusan Maklumat ada MOU dengan Institut Jantung Negara dalam kurungan IJN. jadi tiap kali cuti sem, UiTM akan hanter beberapa student pengurusan rekod untuk belajar secara practikalnya apa itu pengurusan rekod. Dan dengan banggaaaanyaa nak habaq den dah pegi 3 kali. sem depan rehat kot. banyak dapat tentangan untuk pergi sem depan. Staff dia pun boring tengok muka aku. hahahahaha.

aku pergi time Julai 2016, Februari 2017 dan baru baru ni Ogos 2017
Sesungguh saya seorang insan yang tak penah serik. hahahaha. untuk past 2 sem, aku buat kerja yang sama iaitu Penipisan Patient Medical Record (Thinning project PMR). sesungguhnya tak bohong, penat gila. balik kerja, merangkak pergi bilik air mandi solat semua, terus panjat katil, tidur. dan rutin tu berulang sebulan kecuali ahad. *Ahad je cuti*

Buat Muka Serius cepat, nak masuk perkara asas rekod ni.
kepada insan insan yang comel sekalian, rekod mempunyai 3 fasa utama iaitu rekod yang aktif, rekod yang separa aktif dan rekod yang tidak aktif
Rekod Aktif- rekod yang orang duk guna dan duk guna laa sebab dia ada fungsi time tu kepada organisasi
Rekod Separa Aktif- Rekod yang orang jarang guna tapi still diperlukan dalam organisasi. Orang still rujuk jika perlu tapi dia tak laa se'hot' rekod aktif
Rekod Tidak Aktif- Rekod ni memang orang tak mau. memang tak mau laaa kira. tapi dia terbahagi kepada 2 iaitu ada value ngan tak ada value. *untuk lanjutan, tunggu laa tuan blog dapat hidayah nak sembang sal value pulak.
(Alia, 2016) *kalau ada salah apa, habaq tau, takut pi sesat anak orang yang duk baca.

Berbalik kepada thinning project, kiranya kami team uitm terchenta akan kacau sikit rekod aktif untuk dibuat penilaian (appraisal). Korang bayang ehh, rekod pesakit memang dah banyak, pastu satu fail tu boleh muatkan beberapa maklumat jaa. kalau tak dibuat penilaian apa yang penting untuk rekod utama, maunya rekod tu setebal kamus dewan bahasa dan pustaka. Jadi sesungguhnya appraisal process sangat penting untuk sesebuah organisasi. kerja kitaorang adalah menipiskan fail utama, keluarkan rekod yang tidak perlu atau tidak mustahak ketika itu dan pindahkan rekod rekod tertentu ke fail kuning. buat semua label apa yang perlu dan simpan ke warehouse.
*tetiba aku rasa nak buat kamus istilah rekod pula untuk fahamkan apa yang korang ngah baca ni. hihi*

So fail yang telah dinipiskan tu akan dihantar ke bilik rekod IJN dan digunakan semula oleh Datuk, Datin, Encik, Puan, Cik, Kakak, Abang dan Adik doktor, jururawat dan semua yang bergelar staff IJN. Sesungguhnya kerja ini sangat menguji fizikal, mental, mental dan mental kami. hahahha. acah sangat. tak ada laa mental sangat. Staff IJN alhamdulilah baik lebih lebih lagi department Health Information Management Service dalam kurungan HIMS. Rasa macam tiap sem ada jaa yang dibelanja. tak roti, goreng pisang. tak pun teh o ais. biskut gula. biskut mayat tak pun gula gula. kadang kuih muih. Oh My Lapar. nanti kodek makanan kat dapur laa

alhamduliah, staff sangat sangat tak kedekut ilmu. ramah pun dia. but still, i kan pemalu *tutup muka* Tolong akui kebenaran itu okey. serius tak bohong, tanya laa apa pun, inshaAllah dapat laa jawapan.

untuk past 3 time aku pegi, ilmu yang aku dapat semuanya sangat sangat sangat berharga. tiada yang tak ada value. sebab tu aku tak penah menyesal pergi sampai 3 kali. so who yang tanya kenapa aku pergi tak berhenti henti. ini laa sebab dia. ilmu dan pengalaman yang sangat sangat sangt berharga. kat mana lagi ang nak dapat ilmu macam ni free free? #DoneDakwah

Cuma untuk sem ini punya kerja, aku akan lanjutkan ke post seterusnya. sebab kalau add up dengan post ni, makin teruk laa ang nak kena scroll bawah mehh. lagipun sem ini aku bawak tanggungjawab yang quite big. as leader meh. Okey, leader yang kelakar. fuih fuih.
itu sahaja dari alia yang manis, gebu, comel dan aihh malu laaa. hahaahhaha
sekian. wasalam dan sayonara. nantikan next post mehh

P/S: kat bawah aku attachkan bebrapa keping gambar for 2 past sem . Seronoknya sal IJN ni, ang akan dapat kawan kawan kawan kawan kawan baharu. hihihi. believe me mehh


↓↓Sila Ke bawah. Kot jumpa Jodoh. ehh?↓↓

Sesi Julai 2016
Malam taklimat sebelum pergi IJN wehh
Antara Insan yang dipaksarela ke IJN


I manusia biasa yang kadang tertidur

housemate meehh 3A09





Teammate Group 3. Bersama en Hafiz *time dia dapat baby baruu*

Msjlis penutup tak salah

Sesi Februari 2017
Hari pendaftarannn 

Teammate kali kedua. Group 2


Hari dapat Elaun πŸ’œ


Dalam storage duk tunggu nak filling meh

#TeamIRECbuatGatheringMeh

No comments:

Post a Comment

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...