Saturday, 31 October 2015

When i Had mood~~

Assalamualaikum~

Minggu yang agak memenatkan.. jadual padat, ada event pertama yang terlibat secara tidak langsung sebagai tulang belakang, tiga test subject serta perasaan yang datang tanpa diundang.. ehh?
Ottey, slowly bercerita meskipun tiada siapa membaca.. ehh? hahaahhahha

Jadual padat
Adulala~ bertimbun- timbun assignment aku dapat.. Tapi aku kan minah relax nak mampus.. Ingat laa anak-anak dan adik-adik sekalian.. menangguh kerja adalah satu perbuatan yang tidak harus diamalkan. Mengapa anak-anak dan adik-adik? Tak payah habaq laa.. pengetahuan am kot! hidup akan kucar-kacir pabial tiba waktunya. Nasihat? Jangan sesekali tangguh kerja.. Tapi aku still tak kan dan tak pernah insaf. Ngek~
  
Event pertama yang terlibat secara tidak langsung sebagai tulang belakang
Terasa amat poyo tak kala ingin memberitahu aku bergelar as adhoc baru IREC.. Tepukan untuk diri sendiri *pap pap pap (sound tepuk sendiri)* Okey hentikan kepoyoanmu itu alia. straight to the point. Event Aku, Dia dan PA. Program turun-temurun IREC *Bak kata Puan KPP, Puan Nik Azlina*. Ayat mudahnya, menautkan hubungan baik antara pelajar dan penasihat akademik masing-masing. Menggalas tugas as biro tugas-tugas khas.
Banyak benda baru belajar. Bila hari kejadian, keseronokan tu terasa. Mengapa? sebab aku jadi macam-macam and it really good things to learn. Aku ada kepilkan beberapa gambaq untuk simpan as kenangan aku.. hee~


Tema Senget. Sila jangan tanya mengapa

Antara Encik-Encik dalam IREC

Beberapa team ADHOC baru

Bila dah lama bersara daripada dunia selfie~



















































Tiga test subject dalam masa satu hari~
Hahahahahahahhahah~ sukacita gilaa~~ Tapi tak pa.. nama pun dugaaan kan.. kuat as insan yang menimba ilmu.. hee~ Moga aku dan kawan-kawan kelas aku yang menghadapi masalah yang sama mampu kuat dan tabah serta kekal momentumnya dalam mengulang kaji pelajaran. Moga Allah redha.. InshaAllah.. heee~

Perasaan yang datang tanpa diundang?
 Aku nii.. dari dulu hingga sekarang mesti ada perasaan pelik-pelik nii.. huh~
Moga aku kuat dan tidak seperti dulu. Meaning? Aku harap perasaan ini akan hilang dengan segera dan serta-merta. Hal ini kerana aku rasa dan percaya aku masih tidak cukup kuat untuk overcome kenangan buruk aku. Moga Allah permudah segala urusanku. InshaAllah.
Kenapa minat? Mengapa suka?
Masih mencari sebabnya.. HUH~ nama pun tetiba kan? hahahaahaahha~
Moga mudah.. InshaAllah!

Wasalam and sayonara!
  

Monday, 12 October 2015

MDS Sept. 2015 Punya video!

Assalamualaikum!
Sebelum terlupa, Nak kongsi dengan korang pasal video MDS kami.. serius baru terjumpa kemarin.. huuhuhuhuh.. sedihnya pun pun.. hahaha
Enjoy!

MDS PALAM SEPTEMBER 2015

MDS Puncak Alam part 2

Assalamualaikum!

okey.. moh laa kita sambung MDS Puncak Alam sept. 2015 chek.. hahahah
*Lupa nak kisah, HP aku hilang so gambar sepanjang MDS abis hilang~ Moga korang mampu mengunakan imaginasi korang yang A+ tu.. hahahahh*

3 sept. 2015a
aku just ingat, kami mahasiswa semua insaf laa.. hahahha.. hanya Allah n sesiapa yang merasai MDS kali ni ja tau sebab musababnya~ Pakai baju sukan.. mati-mati ingat nak buat lumba lari ka apa.. rupanya bawak tour pelajar fakulti asing-masing melawat tempat yang bakal mereka duduki untuk menuntut ilmu nanti. Disebabkan fakulti Pengurusan Maklumat dengan Filem Teater dan Animasi terletak di Puncak Perdana.. so kami habiskan masa petang kami dengan bermain dan bergembira dengan PM biro fasi. Aku ingat game yang paling meningatkan kesan kat aku ialah Goreng Pisang. Sebab dari 4 kumpulan, jadi pakatan 3 lawan 1.. hahahah.. really enjoying that moment. Lagi satu game yang kekal and sampai sekarang tak boleh move on ialah Baby Shark! Humming dia yang melekat kat kepala macam gam gajah cap Pak Leman tuu.. huhuhuhu.. Jujurnya, sampai sekarang aku main-main lirik dia dengan housemates bila stress.. Papa pun, kredit kepada senior PM terutamanya Abg Zi laa.. Unik masa dia buat tu memang lain laa kira.. hohohoho.. Malam tak ada apa pun, just inform pasal Majlis Penutupan MDS dengan etika pakaian. Jujur, aku agak bersyukur sebab kakak Fasi jaga etika pemakaian kitaorang sepanjang MDS nii.. Thumb Up untuk kalian. Moga Allah sentiasa memberkati kalian. Amin 

4 sept. 2015
hari terakhir kami kat Palam serta merangkap hari terakhir MDS kami.. huhuhuhu.. sedih pula.. hurrmm~~ Kami berkumpul kat Dewan Serbaguna Angsana untuk mendengar Amanat Ayahanda kami, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM dan Majlis Angkat Sumpah as student UiTM. jujurnya, lepas settle ja Majlis Angkat Sumpah, rasa sebak sangat. Bersyukur sangat Allah masih bagi peluang untuk terus mengejar ilmu. Habis semua, Semua senior MDS buat persembahan laa.. teringat-ingat lagi betapa happynya muka senior-senior time tuu.. huhuhuhu..
Disebabkan kami nak pindah, so kami pergi makan tengah hari dulu.. dikira tak sempat ber'tata' dulu.. sob sob.. Nasib sempat jumpa dengan Kak Bai dengan Kak Najaa..Kemas barang dari tingkat 7 tu moment paling tak boleh lupa. huhuhuhuhu.. Nasib senior banyak bantu.. Alhamdulilah settle n terus naik bas pergi Puncak Perdana, tempat aku sekarang.

Mungkin bagi orang lain, MDS ni as orentasi biasa-biasa jaa.. Tapi bagi aku, MDS ni laa yang membuka mata and minda aku. Bukan sebab senior or programnya.. Tapi segi ukhwahnya senior-senior PM kami. Macam mana nak cakp, that value, you never get in textbook. It's priceless
*when Alia speak broken english gitu*
Aku harap aku dapat jugak rasa perasaan tu nanti dengan kekawan seperjuangan nanti. Doakan aku!
Tu je kot.. bila aku teringat MDS ni.. tetiba mata aku berkaca bagai.. emo laa.. hahahhaa

Kepada korang, sayangi apa sahaja hubungan yang terbina dan terjalin. Jangan jadi insan yang menyesal sebab tak pernah cuba sayang hubungan silaturahim yang korang ada!

Tu ja kot, InshaAllah.. ada masa.. mungkin aku akan cerita serba sikit pengalaman aku kat Puncak Perdana nii.. hee.. dudu korang!

Wassalam and sayonara!

Sunday, 11 October 2015

MDS Puncak Alam Part 1

Assalamualaikum!

hohohoho~~
Minggu ni agak sibuk dalam mengejar tarikh akhir CTU551 aku.. padan laa.. sapa suruh buat last minute.. kepada semua, sila jangan buat kerja akhir masa, buruk padahnyaa..
Rasa hari tu macam ada janji nak story pasal MDS Sept. 2015
Start ala-ala simple je laa.. di sebabkan hometown daku agak jauh, so kami bermalam kat Kapar Klang laa.. dikira macam balik tempat lama laa sebab dulu duduk sana 5 tahun

1 sept. 2015
Acah- acah diari pulak~
Dalam pukul 9 pagi laa aku sampai Uitm Puncak Alam.. sebab MDS kemasukan Ijazah selalunya buat kat Puncak Alam, bak kata junior sekolahku. Dalam pukul 10 macam tu keluarga aku bertolak balik sebab mak tak sihat. tata family. cakap sal sedih, sapa tak sedih tapi hati kena kental.. kita kan nak menuntut ilmu?
Dalam kul 3 petang, kami berkumpul kat depan kolej 'tumpangan" *sebab nak pindah jugak nanti* Kebanyakan aktiviti banyak buat dekat Surau Ibnu Sina. Petang tu macam sesi 'ice breaking' laa.. dia perkenalkan semua tulang belakang MDS sesi sept. laa.. disebabkan aq cepat blur waktu petang, ada beberapa PM jaa aku ingat nama *PM ni macam fasi laa tapi aq lupa PM tu stand untuk apa*
Malam tuu.. lepas solat isyak, kami semua buat check up list untuk pendaftaran.. dikira macam tengok mana-mana borang yang tak lengkap laa and malam tu berakhir dalam pukul 12 lebih
*orentasi apa-apa pun memang biasanya tamat lewat*

2 sept. 2015
Hari ni menarik sebab akhirnya aku berpeluang rasa 'tangga kejayaan' diwar-warkan pada blog-blog orang lain sebelum aku masuk UiTM ni.. haha~
kami dikira check up semua borang sebelum pergi Puncak Perdana laa.. so mudah laa.. just bagi jaa fail lengkap bila balik Puncak Perdana nanti.. Borang kemasukan akademik settle.. borang kesihatan laa ada masalah.. But disebabkan kecuaian aku, borang kesihatan tak lengkap.. Sob Sob..
Pesanan penaja kepada adik-adik yang bakal masuk U nanti pastikn semua borang korang lengkap A to Z supaya tidak mengalami masalah seperti seniormu ini.. *acah-acah senior pulak*
Hah.. part naik tangga paling best skali.. turun tak rasa apa.. Naik tu yang best.. huh.. yang pastinya, sampai jaa tingkat atas, aku terus bisu tanpa suara.. hah gituu.. sampai senior tanya okey x.. aq just tunjuk thumb up jaa.. huhuuhuhu
malam tu ada perjumpaan ringkas dengan senior MPP sesi 2014/15 kat Dewan Serbaguna Kolej Angsana tak salah aku nama tempat tuu.. Time tu gagahkan juga mata tengok even aku macam habis bateri time tuu.. dan jangan disangka hari ini akan berakhir begitu sahaja.. ehhh.. secret laa.. apa barang semua benda nak citee.. hahahahaha..


nanti kita sambung part 2 MDS nii.. chek pun penat merecall nii.. fuh fuh
inshaAllah.. ada masa n ketika story MDS ni akan disambung..

Wasalam and Sayonara!

Friday, 9 October 2015

As Student UiTM Puncak Perdana

Assalamualaikum!
huhuhu.. terjumpa blog ni.. n rasanya akan menjana semula kot.. inshaAllah.. dah 2 bulan dah bergelar student Uitm Puncak Perdana.. Fakulti Pengurusan Maklumat, Pengurusan Rekod.. Kali pertama tengok kursus ni.. macam tertanya-tanya laa belajar pasal apa.. huhuhu.. 
*sebab orang lain tolong mohonkan, tuu yang tak tau pa tu*

Tapi anggap jaa apa yang kita dapat tu.. rencana terbaik daripda Allah yang Maha Esa..
untuk menerangkan lebih lanjut apa kos yang aku belajar ni.. tumggu post seterusnya laa..
But for me, it's really lovely course for me.. hohoho.. 
*puji course sendiri nampaknya*

Tapi apa-apa pun.. kewujudan blog ini diharap mampu memberi input kepada adik-adik lepasan diploma, STPM, asasi n matrik untuk memilih jalan selepas ini.. nak cerita over-over pun, i still part 1 student and baru masuk beberapa kelas jaa.. huhuhuhu.. Tapi bak kata lect 401.. berikan manfaat kepada orang lain walaupun sebesar zahra..
*tetiba CTU section pulak*

Tu je kot.. sebenar-benarnya still berjinak jinak dalam penulisan blog ni.. 0% knowledge.. Tapi ilmukan boleh dicapai dengan dua cara iaitu pembacaan and pengalaman.. Ini lah yang dipanggil pengalaman :)

that for now, inshaAllah, bila-bila free, akan beritahu lebih lanjut sal course ni.. n selitkan skit pengalaman time MDS kat Puncak Alam, MAGIM kat Puncak Perdana and semestinya pengalaman kali pertama pergi interview SMF.. apa itu SMF? Tunggu,, 
*macam siaran radio pula*

Wasalam n sayonara!

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...