Saturday, 19 January 2019

IIjazah Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Rekod: Apakah? (Bahagian 1)

Assalamualaikum, selamat pagi *greet depend on penulisnya (so kalau korang baca waktu selain waktu pagi, tukar laa sendiri). Harap semua sihat di samping keluarga tercinta. suami/isteri/anak tercinta dan segala gala apa yang anda cintai #DonePositipVibe
Lanje Satu gambar dah unoffically abis degree meh~

Merujuk kepada tajuk blog yang clear as Crystal tu, so faham laa mak cik Aya nak berleter pasal apa. Ya, saya suka bercerita bab bab gini walaupun dah abis belajar. time belajar kan busy kaannn~ *acah gila (flip tudung)

Tujuan posting ini hanya untuk pengetahuan am sahaja. lagi lagi kepada pelajar baharu yang macam, padia pulak kos ni. *salah sorang bekas*. kalau nak yang formal punya boleh straight click link dibawaahh ini:

Bachelor of Information Science (Hons) Records Management - IM246

Sebab saya sebagai pelajar unoffically nak habis dah~ ni akan menerangkan ringkas ringkas dan mampu dihadam oleh tukang tulis sendiri.

Okey simple one.

Degree ni amik masa 3 tahun setengah dengan 6 semester belajar secara teorinya di fakulti kami yang comel lagi indah di Puncak Perdana manakala satu semester terakhir akan dihabiskan as latihan industri di organisasi pilihan tuan/puan/adik/akak/abang/dan seterusnya. Oh, ada posting pasal latihan industri dalam blog ni, jemput laa kodek kodek nanti yaa

Fun Facts: Fakuti Pengurusan Maklumat ada 4 adik beradik untuk degree iaitu Library Management, Resource Centre Management, Information System Management dan Record Management. Sis tak akan mengulas lanjut. Kalau nak tahu. mohon kodek sendiri kat websites rasmi sebab sistor nak cerita pasal rekod je ni
Classmate yang beza kos. Sebab sem 1 kann. belajar benda samaa

So sambung balik. Secara amnya, course ni korang akan belajar pasal bagaimana nak menguruskan rekod dengan efektifnya dalam 3 state iaitu ketika rekod tu aktif , rekod tu semi aktif atau dia mencapai tahap arkib. And korang akan mendalami kenapa pentingnya pengurusan rekod ni kepada diri korang, sekitar korang, masyarakat, bangsa, negara dan antarabangsanya. and a few things that kalau aku cerita antara aku tak tidur atau korang tidur dulu sebelum habis baca posting ini. acecece. gituu

Tapi sebelum kita melangkah lebih jauh, sis nak perkenalkan apa itu rekod dan apa itu arkib.

Rekod- apa sahaja dokument tak kira dalam apa bentuk atau keadaan yang mengandungi maklumat yang berguna untuk menjalankan apa apa jenis transakdsi yang memberi bukti. Contoh: Kad Pengenalan tuan/puan/adik/akak/abang/dan seterusnya. Without I/C, how you want to prove yourself as malaysian? gitu laa secara mudahnya

Arkib: rekod yang telah dilihat dan dibuktikan nilainya lalu disimpan untuk tujuan penyimpanan kekal buat selamanya di Arkib Negara Malaysia *Pigi laaa melawat sekali sekala: one of must place untuk student rekod*
Apadia yang . . . . . . .


So subjek yang korang akan belajar akan berkisarkan dua perkara di atas cuma lebih mendalam laah~

So untuk bahagian satu ni saya akan cerita a bit pasal apa yang korang akan belajar time semester 1 dan 2. Next bahagian kita akan go through lebih mendalam ke semester 3 dan keatas.

If korang dari diploma fakulti pengurusan maklumat, korang akan terus jump ke semester 3. Bagi pelajar lepasan STPM, Matrik atau diploma yang lari jauh dari fakulti Pengurusan Maklumat, korang akan restart or start dari semester 1. bertatih tatih dulu laa. belajar basic laa kira.







Time sis belajar dulu, semester 1 ada 7 course dengan 4 course keperlukan program, 2 course keperluan Universiti dan Kokorikulum *Sis amik Bulan Sabit Merah- teringin nak jadi dr tapi tuu laaaa. hahaahhaha(ko ingat boleh lari dari koko macam time sek menengah duluu?)

Nama course and a bit bout seperti dibawaahhh~

IMC401: Foundation of Information and Communication Technology

  • Belajar pasal isi dalam luar computer. pasal hardware and software, macam mana sistem computer dalam lab. untuk rumuskan ang belajar apa tu kompuer serta adik beradik dia, sepupu sepapat. ang belajar juga sal software, jenis jenis software. dan segalanya *ingat ingat lupaa ni ahahahahaah

IMC402: Foundation of information Management

  • yang ni belajar sal information. macam mana nak dapat. siapa yang smpan maklumat data dan segalanya. ang juga akan belajar agensi mana yang simpan. pastu sebenarnya ada persatuan yang ang tak penah dengar yang jaga agensi dan orang orang yang smpan maklumat ni. dan sebagainyanya yang beerkaitan





Dengan Madam Sufy: lect 406
IMC406:Library Skill

  • yang ni pulak ang akan belajar how to cari maklumat dalam library.1001 on how library berfungsi, guna susunan apa. how nak buat reference, how nak cari buku, nak cari journal. cari maklumat dalam database *yelaa, ang tuu information management punya student, so ang kena tere urus maklumat dan cari maklumat dari student kos lain

Lepas present subject 407 meh~














IMC407:Internet of Resources and Services

dengan Madam Noraizan, ajar subject 407
  • yang ni korang akan belajar 1001 about internet. apa tu internet. how internet boleh bantu ang. apa service yang ang boleh guna dalam internet. apa jenis service yang ada. kalau sebelumm belajar subject ni, aku tahu facebook je weii dalam internet tu. lepas belajar subject ni, ang akan wow banyak rupanya function internet selain sosial media and googling. hee 











CTU551: Islamic and South-East Asian Civilization

  • Selamat datang ke subjek sejarah *hahahahahaha, ingat boleh larrikkkk? tapi yang ni ang belajar sejarah islam and a bit bout negara asia tenggara. pastu belajar sal pembentukkan budaya and how kita terima tempias budaya dari eropahh *ingat lagi present chapter last, menangis orang tengok vid kami prepare weii. hee

ELC400: Preparatory Collage English

  • yang ni ang belajar english laaa. sebab UiTM ni antara universiti yang gunakan english as bahasa pengantara. Do i mention semua subject in english kecuali CTU and KOKO je. yang lain english mehh. tak salah aku dalam kelas ni belajar balik grammar tapi tak ada laa mendalam sangat. tapi macam recap kelas time sek menengah duluu~
Classmate merangkap housemate. mengila 3 kalau buat assignment
Selesai semester satu. hahahah. Sem satu ni macam wow banyak maklumat, banyak maklumat, hahaah. tapi if korang booleh handle dengan baik. tu bukan satu masalah. aku sen satu ni dah jinak jinak dengan persatuan dahh. Nanti ada posting khas. Draf dah buat tinggai nak elaborate jee~
Oh, lupa nak mention, Sem 1 ni ang belajar asas maklumat. bila jump sem 2 baru ang belajar khusus bab course ang. gituuu~

Should i do other posting? Sebab rasa panjang sangat ni. Takpa laa, kita sambung semester 2 dan ke atas dalam next posting okey! sebab kang panjang panjang, jadi hikayat melayu pulakk. hahaahahaa

so that all from me. Esok nak pegi pasar Penaga! Well, sejak jadi anggur berjaya kat umah ni kann. hahaahahah. kidding. nanti kena start job hunting oi. oi. oi. oi. Nanti i sambung laa ek. If ada any question, terus je kacau kat FB. nanti sis sembang panjang laa. haahahaah

thank you and good bye. Adiousaa~ 


15 comments:

  1. Salam...sya dpt twaran sarjana muda utk pngurusan sistem maklumat...klau course ni apa yg kita akan belajar?Tenkiu...

    ReplyDelete
  2. Salam...sya dpt twaran sarjana muda utk pngurusan sistem maklumat...klau course ni apa yg kita akan belajar?Tenkiu...

    ReplyDelete
  3. Last time dalam tahun 2015 sempat belajar 1 sem je course IM245 - Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat secara ePJJ. Now rasa mcm nak further study back.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hi sis bole saya mintak nombor? saya nak tanay berkenaan daftar kos

    ReplyDelete
  6. Semua subjek belajar dalam bahasa inggeris tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course . Uitm sesi pmbljrn using english language and terserah kpd lecturer nk ckp eng/malay. Sometimes ad lecturer yg ckp bm je.ikut luck korg la dpt lecturer yg cmana.heheh

      Delete
  7. saya nak tanya, course ni ada kena buat coding atau programming ke? contohnya macam bina website atau bina system untuk store rekod rekod tu? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ad. Klau sem 1-5 for diploma kita akan bljr coding sem 5 sahaja, but bila dh smpai dgree kita akan go through sem 3 yg mana kita kne bljr coding juga.

      Delete
  8. Sy dapay tawaran Kos sains maklumat pengurusan rekod ni, klau dah habis belajar kira-kira apa ya pekerjaan yang boleh di apply?

    ReplyDelete
  9. akak praktikal blh pilih apa2 company ke

    ReplyDelete
  10. Nak bertanya... Kalau buat assignment dlm bahasa Inggeris ke atau bahasa inggeris?

    ReplyDelete

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...