Monday, 21 January 2019

Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Rekod: Apakah? (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Bersua kembali rakan rakan yang click link ni. hahahaahahaah.
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, kita akan sambung pasal pergurusan rekod dan subject yang anda akan amik, jalani, buat assignmentnya, projectnya.

Oh, untuk sesiapa yang macam. eh kenapa bahagian 2? Tukang tulis ni tak reti kira kee?
Dont worry, di sini sayaa sertakan link posting sebelum ini~ Yang ada cerita dikit dikit tentang pengurusan rekod and a bit of subject dalam semester satu yang lalu

  → Ini link terus ke hati awak.(hahaha) dak dak, Bahagian 1  ←(tekan ini tauu tauu)

Kalau anda bijak bestari, kat manakah bangunan ini?
In this posting kita akan ke semester 2, 3 dan inshaAllah 4 kalau aku tak over berleter kat semester 2 dan 3 ni. Well, duk syok syok taip sekali hah, panjang lalalala~ mengambil pengajaran dari posting lepas, saya akan buat heading untuk semester. and a bit color code untuk bezakan antara course program, course keperluan fakulti, koko dan one new thing, course tambahan atau dikenali juga sebagai Minor/elektif

Fun Facts: dalam semester 3,4,5 dan 6- pelajar akan mengambil course tambahan dari program lain yang dalam fakulti pengurusan maklumat seperti course dari course Library, Resource Centre dan Information System. Jumlah subject yang anda perlu ambil adalah 2 course per semester. so in total, anda akan ada 8 course yang berbeza dari record management. Paham kot, kan?

Okey sebelum melangkah lebih jauh, mari laa saya terangkan apa itu subject minor atau elektif dan apakah beza mereka berdua selain beza ejaan dan cara sebutan.

Minor- 8 course yang anda ambil semuanya dari kos yang sama. Contohnya incase kalau korang nak buat minor information system, so korang akan ambil 8 course yang ditawarkan dalam Information System. perkara yang sama juga kalau korang nak buat minor in Library or Resource Centre. 

Elektif- korang boleh pilih mana mana course dari mana mana program untuk korang ambil as course tambahan. Contohnya korang boleh amik 3 course library, 2 course resource centre and 3 subject information system or vice versa. ikut keinginan, kemahuan, kesukaan dan ke- korang. gituu. 

Kalau secara mudahnya kalau amik minor ni, korang macam order set makanan. tak boleh tukar, kena makan je semua. tapi kalau elektif ni macam korang makan buffet. makan laaa ikut suka korang. *sesungguhnya ketika entry ini ditaip, tuan blog tadi makan nasi ayam, pastu lontong semangkuk. tapii still lapaq*

So lets go to semester 2. *beria citer sal minor semuaa, tapi benda tu time sem 3 dan keatas oi*

Semester 2

Study test sampai ke . . . . ..
So course yang korang amik untuk semester 2 ada enam (6) in total dengan 1 course umum untuk course, 3 course  khusus untuk course, course  keperluan fakulti dan kokorikulum bahagian 2 untuk bulan sabit merah

before that, not to mention, kalau kokorikulum korang ialah Kesatria, so korang ada pilihan untuk stay until koko bahagian 3 atau tukar kepada kokorikulum yang lain seperti bola jaring, futsal, pengurusan masjid, pengurusan rumah tangga, atau pengurusan minda *actually tu je aku ingat wei~*
Tapi kalau korang dah bilih bomba ke, bulan sabit merah kaa, bulan rindukan bulan kaa, bulan ini bulan cinta ke, korang kena stay sampai abis bahagian 3: kokorikulum. gituuu
(ini hanya terpakai di UiTM sahaja. U lain, idok laa deme tahu)

IMC451: Organization of Information
  • course ni ada kesinambungan sikit dengan subject IMC402 iaitu time semester 1. Dia still belajar pasal data, information and how to handle it. Tapi dalam course ni dia lagi gali lagi dalam. dia ada mention pasal profesional person yang akan handle this kind of course . tapi course ni memang kauw kauw kena baca. sebab maklumat diaa banyaakk. *tak ada laa aku kata course lain maklumat sikit tapi banyak jugak* hahaha

IMR451: Management of Records in Organization
Kelas bersama Sir Nazir. Ketukan ajaibnya paling rindu oi
  • course pengkhususkan rekod. Dalam course ini ang akan belajar segalanya tentang rekod aktif. rekod aktif ni rekod yang setiasa digunakan. kiranya kalau rekod ni memang hot gilaa macam crush korang laaa. *crush aku biase biase je. Semua orang cari, semua orang gunaa. i mean that rekod laaa. contohnya macam kad pengenalan laa. korang nak buat check up kilinik/hospital, korang guna. kena saman, tunjuk IC. gituu laa. tapi kalau mudahnya rekod tu korng memang gunaa kerap. kalau boleh lunyai, lunyai laa *again, itu perumpamaan. pastu belajar laa kenapa kita kena jaga rekod ni, apa karekter yang kita boleh lihat untuk meyakini itu adalah rekod. pastu apa jadi kalau ang tak jaga rekod ni. pastuu kaannn kepentingan rekod pada urusan seharian , kepada negara dan segalanya laa *bayangkan muka aku yang beria ria, then u will understand* hahahaha~

IMR454: Management of Records Repositary
Time kena discussion bab
  • Ini pulaak korang akan belajar pasal rekod semi aktif. rekod yang suam suam kuku. orang gunaa, tapi kadang kadang je laa. kadang dipandang. kadang dibiar. kadang ditinggai sepi *why your explanation so melancholic? macam orang putus cintaa pun ada. kiranya tadi kan rekod aktif kann, semua orang nak gunaa. tapi ada juga rekod yang macam kadang gunaa. soo bayangkann ekk, kalau korang tak asingkan rekod yang aktif ngan semi aktif ni, idok ke banyak rekod yang ada dalam office korang? so dalam subject ni korang akan belajar pasal penyediaan storage untuk rekod semi aktif. ye laaa, rekod tuu even kadang ada kadang tak orang nak guna, tapi dia still ada function dia. so korang akan belajar apa yang diperlukan untuk buat storage lain, apa kena sedia, macam mana dengan keaadaan dia nanti simpan kat sana, perlu apa ke pa. gitu laaa. and ada benda lainnn yang kalau aku terang baik aku je ajar korang. acecece. 

IMR455: Administrations of Archives
Ada program ceramaahh~ ni AJK diaa
Time ni visit ke Arkib UiTM untuk subject~
  • okey, untuk course ni. korang akan belajar pasal arkib. arkib ni ada 3 definasi. satu arkib adalah bahan dokumen tuu. yang ada nilai diaa. dan kita simpan untuk pnyimpanan kekal. yang kedua adalah arkib sebagai bangunan. di mana tempat kita simpan segala dokumen, peta, perjanjian dan segala jenis bahan dalam perbagai medium. yang ketiga adalah orang yang menjaga dan menguruskan bahan tu. Gitu laa secara ringkasnyaa. ada a few benda lagi macam arkib ni ada rule dia. dia ada guideline yang kita kena ikut. Tapi one of benda yang kita kena ingat, apa apa kena rujuk akta arkib negara 2003. and it is a bit tricky sikit laa. course ni ada mix sejarah sikit, undang undang sikit. But ianya sangat menarikk. it like ang belajar sejarah sikit laa *saya sukaa itu subjek sejarah*

MGT400: Principles and Practice of Managements
Muka HAPPY,sebab abis presentation MGT
  • Yang ni korang akan belajar bab management. pasal organisasi. secara umum laa. dia macam kalau ang jadi pegawai, apa patut ang buat. pastu sikit pasal pengurusan kerja, pastu ada pasai how to manage yourself bila keja nanti. how to being good worker, a good leader. gituu laaa. nak ulas panjang punn aku kurang perform sikit. tapi definasi yang paling aku ingat adalah organisasi laa. lets mee share with korang, organization is the place where a group of people working in achieving toward common objectives. tu je aku ingat wei.. huwaahh. 
Lalu tamatlah semester 2 dengan jaya dan gembiranya. lalu kita ke semester 3 iatu semester yang benar benar berkata padaku *ni bukan main main daahh Alia oi*
dia macam ala ala wake up call laa. tapi biasa laa. alia ni penggera pun dia tak bangun, ini pulak orang kol je #SiapaYangFaham,FahamLah *fadd, pinjam quote ang weeeii~

Semester 3

Untuk semester 3 ini, dia berat sikit laa. It admitted by many circle of friends. Korang akan ada nine (9) subject in this semester which are 2 course khusus untuk course, 3 courses keperluan fakulti, 2 subject elektif/ minor (sis elektif), kokorikulum bulan sabit merah bahagian 3 dan third language which aku pilih japanese. (kat puncak ada banyak juga laa pilihan third lang which are japanese one of them, Mandarin, french, arabic and German.

IMR504: Classification and Filling System
Ni Sir Zairul, antara lect yang ajar subject ni *AKA Ustaz
  • course ni pulak pasal rekod and how kita nak simpan secara effective. One things mention, rekod ada 2 jenis which is rekod housekeeping iaitu rekod yang setiap agensi kena ada. maksudnya rekod administrative. tak kira laa ang syarikat kapai kaa, syarikat roti ke, hospital ke, sekolah ke atau apa apa pun pun jenis nature syarikat ang, ang akan rekod gituu. rekod finance juga contoh lain. Lagi satu ialah rekod functional iaitu rekod yang ikut nature organisasi ang. contohnya rekod pesakit mestilah kat hospital kann. korang tak kan jumpa rekod pesakit kat syarikat kapai atau syarikat roti. gituu dan sebagainyaa. rekod pelajar universiti satu lagi conthnya. ang tak kan jumpa rekod seumpamanya di kedai gambaq. gituu laa. pastu korang akan belajar nak guna susunan apa kalau nak simpan rekod tuu. macam mana nak bezakan satu rekod ngan rekod yang lain dalam rak dan sebagainyaa. Tapi kann. ni paper killer laa. siikitt. *takk banyak sikit (one sbject yang ssah bagi aku). tapi if korang paham betoi subjek nii, korang boleh feel feel keja office laa. sebab sbject ni boleh aplikasi untuk admin punya jawatan. thereee~

IMR505: Planning and Design of Records and Archival Repositories
Hai Floor Plan, sihat?
  • Ingin menjadi arkitek? ingin jadi interior designer? ingin menjadi ala ala tuan tanah? hartawan ada bangunan sendiri? ingin jadi ceo di syarikat sendiri? ini laa course untuk anda. hahahahhahah. subjek ni pasai design your own arkib mehh. macam tahun kami, tema dia kartun. uiiii. serius dak bohong, best gilaa subject ni. Cuma kena buat bangunan 3D tu yang macammmm. and ini ialah kos dimana duit ang melayang seperti layang layang terbang petang, bersama angin kencang di tepi sawah padi. *berbahasa pagi pagi ini oii~ Kiranya korang akan cari tapak untuk bangunan korang *ini realiti* tapi idok laa bina betoi betoi. hahahaahahah. nak cari tapak bukan macam *okey taman tu kosong, kita bina arkib kita kat sini*. Daaaakk, ada syarat dan termanya sebelum nak pilih tapak tuuu. ingat mudaahhh? then korang design bangunan korang, pastikan 4 main area da dalam arkib korang. then bina in 2D and 3D guna app tertentu. time kami siap ada event memperkenalkan arkib masing masing. batch kami dah ada 4 kelas. memang meriahh gilaa kot. siap ada booth, game, hadiahh. macam event nak promosi real punyaa mehh. time tuu semua pakat laa puji bangunan masing masing. pap hadiah tu laa best. ohh, arkib saya nama WOW Cartoon Archive. hahahaahahahaahahaahhaahahah. cer teka sapa CEO? hahahaahahahahaha. done regelakk~
*Gambar untuk event C-CARE ada kat bawahh sebab banyakkk gilaaa. mohon turun lagi ke bwah tauu* (kenyit mata)


CTU555: Malaysian History
  • Welcome back Sejarah! hahahahaahaha. tapi ni sejarah malaysia. dari zaman sebelum kemerdekaan, yang masih namanya Tanah Melayu, mencapai kemerdekaan, pembentukan Malaysia dan sehingga kepimpinan tebaharu. Belajar benda sama jaa tapi yang ni lebih detail laaa. ada bab perlembangaan. Tak perlu terang banyk. korang punn tahu kaaaannnnn~

ELC500: English for Academic Reading
  • Kembali lagi ke course  english, mumumumu. tapi untuk sem ini kita fokuskan banyak article laaaa. baca article, pastu ada soalan berdasarkan article tuu. ada buat karangan jugak tak salaaahh. and other english matter. 
ENT530: Principles of Entrepreneurship
  • course yang akan mengajar bagaimana untuk berniaga dan bukan hanya menjadi peniaga yang mendapat keuntungan tetapi peniaga yang bijak dalam mengatur strategi dalam perniagaannya, Tapi kelas aku tak ada laa sampai menjual jual tapi tak salah kelas sebelah ada kena jual jual sikit. Pastu lepas kami jaa, junior kami semuaa kena meniaga secara realiti. pegi daftarkan peniagaan, buat akaun FB dan Insta dan promosi. Kami semua pakat belajar teori je. Tapi kami kena buat innovation product or service. Group kita orang buat pasal tong sampah yang pintaarr punyaa. untuk orang malaih nak bangun buang sampahh. gituu laaaa. *berdasarkan pengalaman sebenar. tapi tak ada laa bangunkan ciptaan tuu, takat bentang idea je laa. tapi untuk rumuskan course ni pasai meniagaa laa. and jnis peniagaan and what should u do kalau nak meniagaa. gituuu laaa 

IMS456: Basic Web Design and Content Management
Antara cuntuh coding dia~
  • Ini ialah subject dari program Information System. course ini pasai nak buat website guna code html. pastu design korang punya website. subject yang paling beria aku nak amik, tapi course yang paling aku tak leh go. hahaahaahah. aq dapat detect yang aku kurang sikit subject gini sebab aku ni jenis cuai? kot? sebab kalau nak buat coding untuk design nii. ang kena teliti gila b*** punyaa. kalau silap huruf, hilang satu titik, terjarak sikit. percaya laaa. apa yang korang nak buat menjadi just a good blank space~ course yang korang tak buleh buat last minute. Buat last minute, korang sakit. Tapi bilaa jadi weii, rasa macam nak cium skrin laptop wei. tu memang satu kepuasan gilaa laa. So buat sesiapa yang suka cabaran, try amikk. tapi kalau korang tere, boleh buat duit kot. design satu web nii, banyak pulangan diaa. Tapi biasa laa, nak senang kena laa bersusah susah. gituuu~ Result aku? hmmmmmmmmm, sedihh.
IMS457: Multimedia for Information Professionals
  • Ini ialah course dari program Information System jugaak~ course di mana korang akan belajar buat video interactive untuk pembelajaran. Tahu taakk CD budak yang belajar ABC ngan mengira 1, 2, dan 3 tuu. kiranya dalam subject ni korang akan belajar buat benda gituu laaa. bila tekan tu kluar video. tekan tu keluar kuiz. tekan tu keluar gambar bergerakk. subject ni memang best gilaa. aku pulakk jiwa kanak kanak riang. uishhh. memang aku suka gilaa weii! aku pun tak inngat mana cd tuu aku lemparr. sebab kami buat mari mengenal Warna. OHH, lupa nak mention, subjek ni jugaa kaaaannn. buat aku berlakon buat kali pertama dan terakhir. . hahaahahah. video pendek tuu? aku dah sorok siap siap supaya tak ada siapa jumpaaa. ahhahahahaahahhhhahahaahhaahah. itu laa video pendek yang paling . . . . . . . . . Just forget it (please jangan cuba cari, tak jumpaa)

TJC401: Introductory Japanese (Level 1)
Petikan buku teks third language~
  • Koniciwaaaa! yang ni belajar bahasaa jepunnn! untuk first ni belajar benda asas laa. macam number dalam jepun, greeting dalam jepun, macam mana nak kenalkan diri, hari hari dalam jepun *kalau tanya aku sekarang, tak banyak punn aku ingat weii* kalau kelas jepunn, lidah aku laa paling keras weii. sebutan aku memang ke laut dohh. paling aku takut kalau ada test speaking weii. 3 hari sebelum test, tengah mandi punn practice weii. sebelum tido practice. uihhh, cuak gilaa. sebab aku jenis gelabah + pelupa = Pelupa sebab gelabah. huwaaaah. tapi sensei aku baik gilaa wei. kalau dia ikut gelabah tengok aku gelabah. tak tahu laa. ke mesti ramai student gelabah macam aku kot? tu dia biasa tuu. Tapi one things aku suka dengan kelas jepun, kelas kami meriah gilaa. tak penah lagi aku pi kelas aku tak ketawaa. tak ketawakan diri sendiri, ketawa kan gelagat masing masing dalam kelas. Tpi third languege ada tiga level. so sem depannya i still see u babehh~
Lets end our posting here laa. because the tuan blog tetiba craving maggi kari pagi pagi ni *tell me, mana aku tak gebu? (kisahh pulaakk aku *roll up eyes). lagipunn kann, rasa macam panjang jee. i tak suka nak tulis panjang panjang. ye laa, posting memang dah serius. sembang pasal subject laa, course laa. so untuk memudahkan dan memahamkan anda yang sudi tersinggah kat posting ni, so saya dengan sukasukacitanya meringkaskan *but still berjela jugaa posting sayaa ini~

That all from me. Moga yang membaca dapat manfaat. Ada laa bekalan nak bwak time tak ada dah kat muka bumi ni *tiberr rasaaaaaaa . . . . . . . . .*

Sekian terima kasih untuk yang membaca. Adiousaa~


PS: Gambar C-CARE kat sinii. Yeee, kat sini
(Pesanan Penaja: Maaf laa mampu bubuh sikit jaa~ Kalau macam, ek macam mana gambar saya kat sini? Buat tak tahu jaa, Please Enjoy?)
*kalau ada yang terkenan, minta maaf, sis ada gambar je. No Phone? Cari sendiri.*


Uuuuu~
Hi, We Are Your Officer!

Tengah Prepare booth masing masing nampaknya




Hai Dr Ezza~

Khusyuknya pihak yang menerang dan pihak yang diterangkan tuu~




Ni tengah jahit buku. jahit buku?
Ni pulak preservation document~




Mengaajaaarr betoi~








Hai? Muka masing masing, sesuci lebaran~





Macam nak masuk phone je tu~








Geng menyibuk ke booth orang

Iman sedang melayang tetamu hadir~































Antara Gambar for every booth dan their member team

















Nahh, sapa tak ada kat atas sana. Sini ada OI!

5 comments:

  1. Bestnya belajar face to face :(

    ReplyDelete
  2. hello!! boleh saya tau apa peluang kerjayanya? luas tak peluang kerjaya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello, yang saya tahu lecture cakap dapat jadi pegawai arkib

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Selamat petang. Maaf menganggu. Kalau course IMS456 guna tablet, boleh? Sebab laptop saya rosak.😢

    ReplyDelete

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...