Assalamualaikum dan hai semuaaa~
Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, yee dah setahun saya tidak tulis.
sesungguhnya saya di kalangan orang orang yang malas dan hanya mahu menulis jika saya berkehendak. hahahhahaa. okey, hambeerrr~
Buat sapa yang tertekan dan baik hati tekan link ini, nak drop nasihat:
Jaga diri sepanjang PKP ni berlangsung.
Selalu basuh tangan and stay healthy sepanjang PKP ni.
Banyakkan minum air, jaga makan dan senam yang biasa biasa kat rumah. jangan beria sangat. nanti kalau sakit kena pi septal.
kalau yang tak penah jogging tuu, duk diam diam jaa.
kalau ketua keluarga or yang terpaksa jadi ketua keluarga tuu, buat list dan beli barang dalam list. jangan merayau merata rata.
lepas beli terus balik.
pastu terus tukar baju dan bersihkan diri.
Moga kita baik baik sahaja dalam rahmatNya.
Pastu jangan menyusahkan frontliner,
keluar bila ada keperluan. Baca: KEPERLUAN
sis pun kirim barang kat orang jaa. sebab takut. hihihi.
terima kasih kepada pihak pihak yang membantu diri ini craving macam macam.
sebab kalau dulu, teringin nak makan ke apa, terus jadi tugu depan uitm tunggu bas, pi mrt and terus ke destinasi.
Buat sapa tak tahu PKP tu pa. tipuuu laaaaa. takkan laa tak tahuu, hahahaah, okey, hamberrrr~
okey, back to tujuan. eh ada tujuan kee.
okey, selain saya bosan, dan saya terlebih rajin, saya dalam mood merapu, saya ingin kongsikan apa yang anda boleh lakukan di rumah masing masing jika anda dan bosan terukk.
dan jika anda hanya bukak muka buku (facebook), burung biru(twitter) atau instagram(takda nama panggilan). atau atau atau bunyi jam(tik tok). sekali lagi hambarrr (bunyi dram ketuk sekali)
disclaimer: Ini hanya cadangan saya. kalau tak sukaa, pi main sana. suka saya laa. tiberrr~
Cadangan 1: Memasak~
Untuk sesiapa ada dapur sahaja *saya duduk kolej 😭😭😭😭
time ni laa korang nak discover bakat baru. buat persediaan untuk alam perkahwinan alam berdikari. masak simple simple sudah laaa. kalau tak tahu resipi, google laa. kan gov bagi internet free.
tak ada bahan, gunaa je apa yang kat rumah. tak pun google, apa yang saya boleh masak dengan tepung (contoh idea)
atau apa yang saya boleh masak dengan sos tiram (contoh idea kawan) *aritu dia tanya.
kalau sapa ada idea, bagitau okeyy. nanti saya habaq kat diaa. thank~ Tibeeerr
tapi kalau tak ada baahan kat rumah, boleh laa pi beli. tapi jangan buat panik buyying.
sian kakak saya yang keja pasar raya. keja top up barang kat rak jaa. buat kakak ku, bertabahlaaa~ nanti abis PKP saya belanja makan kat kedai satay depan masjid PJ okey. muah muah *harap dia tak baca, huhuhuhu*
Cadangan 2: Buat Journal
Ini idea yang saya beri dan saya buat.
Untuk diriku saya cantik, menawan dan kelakar ni *cewaaaahhh, menulis ni macam cara nak release tension. kalau cara saya, saya cari sooalan journal kat google kee, kat pinterest, kat sumber sumber yang dipercayai, tepat dan mutahir. gituu.
benda yang anda perlukan hanya sebatang pen dan buku.
jangan la pulak korang pi langgor pasar raya sebab nak cari buku kosong. buku latihan tak pakai time sekolah also can. kalu creative sikit, buat lah ala ala buku scrap. guna apa yang ada kat umah. untuk aku yang penggila buku dan pen ni, i ada laah berlambak kat bilik. guna apa yang ada. nanti i tunjuk beberapa contoh idea apa yang boleh nak dimerapukan dalam buku korang.
![]() |
Contoh 1: soalan journal anda |
![]() |
Contoh 2: Soalan Journal anda |
![]() |
Journal Kiri: Journal Bulanan Journal Kanan: Journal Bosan |
Cadangan 3: Ikuti atau Belajar benda baru
Memandangkan internet free sepanjang PKP berlangsung ini, gunakan laaa internet korang sebaaik mungkin. korang boleh menguasai bahasa lain selain bahasa melayu. layan laa youtube atau apa apa apps yang bermanfaat, ada jaa kawan facebook saya belajar bahasa korea kot. perghhh, power nauu. tak punn kalau nak mendesign design ni, buat laaa. tengok orang buat tutor video, google laaa. kalau korang jenis learning by tengok video keee, menyanyi ke apa, ini laa masanya. selain jiran dapat Konsert free (kalau suara korang sedap laa~), korang dapat self learning. gituu. kalau nak belajar kursus, ada a few university sediakan kursus secara percuma. either korang grab atau tidak laa.
sekian sahaja laaa cadangan sayaa. hahhaha, sis bosan okeyy.
bagi can laa sis merapuu gian lama tak menaip ni. harap semua yang membaca dapat maanfaat sepatutnyaaa. sis ada a few idea, tapi sis malas nak kembangkan sebab sis memang dah kembang, tiberrr~
last words, jaga diri. jaga kesihatan dan jaga laa segaala galanya.
Buat umat islam seluruh dunia, *sis universal okeyy~
🍲🍲Selamat Menyambut bulan Ramadhan.🍲🍲
Moga kita diberi kesempatan dan kesihatan untuk beramal ibadat. Buat semua yang menjalani PKP, harap bersabar dan berdoalah moga kita akan berkesudahan baik dan diberikan ujian untuk menghadapi COVID 19 ni
Buat sesiapa yang kena bekerja *macam sis* berkerjalah dengan sebaik mungkin.
Moga dengan pekerjaan kita ini dapat memudahkan urusan manusia lain.
Sentiasalah menyukuri nikmat yang kita ada.
mungkin kita terpaksa bekerja, tetapi kita masih diberi kesihatan.
mungkin kita terpaksa duduk diruamh tetapi kita disamping kelurga tercinta.
mungkin kita tidak punya pekerjaan, tetapi kita mampu makan walau tidak mewah.
apa apa pun keadaan kitaaaaa, bersyukurrrlaaaaa~
*background lagu sedih time kem sekolah sekolah dulu. hihi.
![]() |
Selamat.. Bekerja ke atau Selamat... Sambut bulan puasa? |
Keep Happy and Smiling. We will get though this hard moment! Speaking gituu.
Dah laa sis nak sambung karok lagu 'Sorry seem the hardest word' ni.
harap jiran sis bertabah dengan suara sis yang separa sumbang ini. hahahaahah
Bye bye, sayonara and wasalam~
Nur Alia
Sapeah yang lonely sambung ramadhan seorang sendiri, sekali lagi tahun ini. Huwaaahhhh
No comments:
Post a Comment