Monday, 27 March 2017

Setahun satu post

Assalamualaikum. Salam sejahtere dan Salam UiTM dihatiku. Cewwwaahh.
Bertepatan dengan tajuk blog saya yang indah namun berhabuk ini. Ehh. Hahahahah.
Tak ada laaa, nak feel bercerita sebenarnya
Berhari hari yang lepas, aku berjalan jalan mengelilingi. Actually tak ada laa keliling pun. Perjalanan pergi ke KL Sentral-Mid Valley-PearlPoint. Lebih tepat jumpa kakak den. Untuk pengumuman antarabangsa benua, kak aku keja area sana. Hahahahha. Kiranya i really spend too much time on the road laa. Naik turun bas tak berhenti laa ni. Kiranya anak anak yang sedang membaca, saya akan berkongsi kelebihan menaiki bas. Chot, jauh gila tajuk larii. Hahahahha. Dia tak ada laa kelebihan, ianya more kepada apakah keseronokan yang anda akan hadapi jika menaiki bas. Seem confident tak ayat dia? Hahahahahh

Keseronokan yang bakal anda hadapi jika menaiki bas

1.Anda akan mendapat pakej jogging secara peercumaa.

🐹 Tengok sebab pertama pun nak mintak penampar free aya oii. Tak ada laa. Betul laa statement tu. Saya tak typo. Gituuu. Hehehe. Aku baru rasa 2 jenis treatment. Satu ang berdiri sepanjang perjalanan. Hahahah. Lagi gila kalau driver bas tu penah bercita-cita masuk F1 tapi tak dapat. Ampuunn. Ingat lagi yang orang lain pegang biasa biasa. Aku pegang macam bergayut monkey bar. Gituu. Anda anda yang mengenali diri ini boleh bayang laa gimana rupa den bergayut kat tiang dalam rapid tuu. Treatment kedua ialah mengejar bas yang dah sampai tapi ang nampak dari jauh. Time tu, ang yang jalan kangkung, akan menjadi atlet lari bawak bola ping pong. *perumpaan ini hanya berfungsi kepada Alia kerana dia adalah insan yang mudah gelabah*. Okey, it kenangan key. Bkan semua orang dapat rasa.

2. Anda akan feeling macam MV AKA nikmati pemandangan.
🐹 Hahaha. Ni common bagi orang yang suka berangan macam aku. Berbanding menaiki kereta, aku akan feel lebih kalau naik bas if berangan macam dalam MV. Tak tau kenapa. Feel dia lain. Okey, pengaruh drama sikit laa. Tapi tak laa bayang sampai mana mana polan mintak izin duduk sebelah pastu jatuh cinta. Sesungguhnya itu hanya drama semata mata. Aku jugak suka naik bas sebab aq boleh tengok pemandangan. And enviroment sesebuah tempat tu. If korang naik kereta sendiri, kita ada tendency untuk cepat tiba ke destinasi. Naik bas ni lain. Dia akan bawak ang pusing tempat lain. Gituu. Lagi best korang tengok pemandangan sambil cucuk earpong. Lagi best bukak lagj jiwang kapak parang senapang patahh. Gituu.. Lagi bertuah ang ternampak scene orang kat tepi jalan yang menghiburkan

3. Pembelajaran Perkara Baharu.
🐹 Percaya laa, even berpuloh puloh kali naik bas pun. Ang akan belajar benda baru. Anda akan belajar di dalam dunia ini masih ada orang yang prihatin. Anda juga akan belajar masih lagi ada orang yang menggunakan bas sebagai medium untuk bekerja. Anda juga akan belajar masih ada manusia yang akan membayarkan tiket bas anda jika anda first time naik bas dan tak tahu kata baki tidak dipulangkan. Anda juga akan belajar ada manusia yang tidak membayar tiket bas, dan terlepas. Hmm berlaku kat depan mata kot. Anda juga akan belajar, jika anda mempunyai sekelumit kesabaran, dunia akan melayan anda lebih baik. Ataupun diuji untuk terus sabar berbekalkan sekelumit tadi. Anda juga akan belajar menghargai masa dimana anda perlu cepat, tetapi disebabkan bas pada hari tersebut menjadi rebutan menyebabkan anda terlepas waktu yang anda ingini.

Sebenarnya ianya bergantung kepada seseorang individu. Yang pentingnya mesej aku yang panjang lebar ni. Mengembara lah, sesungguhnya engkau akan melihat dunia pada sisi yang berbeza. Melangkah lah, maka engkau akan memperoleh pengalaman yang berbeza. Sesungguhnya pembelajaran itu bukan hanya tertumpu pada buku dan pengajaran. Pembelajaran itu sesuatu yang luas. Fuhh. Ponat den menaip * untuk makluman, saya taip ini cerita melalui phong. Heheheh.*

Tapi sebelum berjalan kaa, mengembara kaa, even jejalan sekali pun. Jenguk- jenguk laa kewangan ekonomi anda. Berbelanjalah secara berhemat. Heheheh. Sebab tuan punya blog pun jenis lupa diri kalau berjalan. Lastly makan maggi jaa.

Tu sahaja cerita saya untuk ini posting. Doakan laa tuan blog ni tak penyegan sangat nak update. Hahhaha. Saya suka menulis tapi tu laa. Pemalaihh.. Hmmm.
Wasalam and adious semua. Sayonara and sayang semua. Muahahahahahah ❤

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...