Assalamualaikum dan salam sejahtera.
rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan
Selamat tahun Baharu 2018. Moga tahun baharu
memberi seribu makna untuk semua. Ikhlas dari seketoi Alia yang gebu, comel dan comel laaa, heheheh
Okey bertepatan dengan tajuk kita kali ini, saya Alia gebu gebas akan berkongsi
3 pengalaman saya yang berjalan jalan disekitar
Kuala Lumpur dan Shah Alam. Dah habis paper dah lama, mood mengarang baru mai, sat tadi, kahkahkah. okey saya akui saya pemalas, hahhhahahah.
Okey kita mulakan dengan
perjalanan pertama bagi tahu 2018 iatitu, perjalanan 4 ketoi adudu yang tak balik study week. kahkahkah. Kitaorang memang jalan jalan time 1 Januari 2018, serius. hahahaah.
 |
Tudung bunga: Yana, Tudung coklat Baru: Mimi. Tudung Bawal biru: Toktien. Paling Comel: Alia |
Perjalanan dimulakan dengan, mesti laa aku tukang spoiler. hahahaah. Janji kul 7, aku bangun 7.30. padahnya sepanjang jalan aku kena ceramah dengan adudu mimi, ko rasa? tapi memang salah aku pun.Sori geng. Tunggu bas Rapid KL macam nak patah tulang belakang, sampai dalam 9.30 macam tuu kat
Giant. tunggu lagi Rapid pegi
LRT Glenmerie, akhirnya smpai jugak. Naiklaaa apa punn.. LRT laa tak payah nak tunggu lama tapi ang kena tahan azabnya ramai orang. Gila tak ramai, ang keluar time tahun baru oi.. Lelepas tu turun laa
KL Sentral. Tukar naik MRT. Untuk maklumat, MRT memang baru, kalau nak naik dari KL Sentral memang jauh sikit jalan. Naik turun turun turun trurn excalator *Maaf kalau salah eja* Dah gedebuk naik turun turun turun, kitaorang naik MRT dan turun
Pusat Bandar Damansara. Turun kat Pintu B dan bas menanti. Naik Bas 'Jom Naik MRT' tu.
Macam kisah kami, biaasa laa mak cik Alia ni juga yang tanya. Kami, takk aku sorang jaa sempat laa bergurau,
Aku: Pakcik, Ni bas lalu Pusat Sains Negara kann?
Pak Cik: Ye, semua nak jadi saintis kaa?
Aku: Tak pakcik, saja nak jadi budak budak balik. Pak cik, kalau smapai Pusat sains habaq tau, saya memang tak tau, Kalau pak cik bawak smapi hujung punn saya ikut jaa.
Pak Cik:gelak
Berpandukan
pak cik bas yang ramah aduhai tu, dia berhenti kat seberang jalan ke
Pusat sains Negara. dia siap pesan tunggu belah sana bila nak balik. Baik betoi pak cik tuu mehh. Bermula laa sesi jalan kaki ke Pusat Sains. Jauh juga laa kena jalan, well jalan berbukit kan. tapi demi Pusat Saias akan ku redahi jua. Gituu. Sampai jaa Pusat Sains Negara. Kami terus beli tiket. hang paham tak perasaan bila orang lain semua
2 dewasa, 3 kanak kanak, 1 bawah umur. 3 dewasa 3 kanak kanak
mai turn ang,
4 dewasa ekk.
Hanya mampu senyum kambing jaa. Dia ada
2 jenis tiket. Satu tiket masuk Pusat Sains Negara, RM 6 ringgit sorang. And dia aada satu pameran Survive The Bunker yang berharga RM 4 ringgit sorang. Untuk harga kategori lain, boleh kodek
Laman Web Rasmi Pusat Sains Negara. Well nama pun Pusat Sains Negara, so dia pameran sambil belajar, Cuma untuk nasihat laa,
jangan laa datang time hari minggu atau cuti sekolah. Padahnya, ang kena b
erkongsi kasih dengan budak budak laaa. Tunggu laa turn. Kalau dashyat sikit, berebut dengan mak bapak budak. Tu memang kena sabar jaa, hahahaahahah.
Cuma ada benda yang sedih sikit laa.
ada sesetengah barang pameran rosak akibat ada manusia yang terlebih ganas. Jangan laa gituu. kita kan sama sama berkongsi, tak mau tak mau. Pesanan khidmat Masyarakat dari Alia gebu. hehehehe
dah abis tenyeh main semua, kami berempat macam tertarik nak tengok pameran
Survive The Bunker. So kitaorang turun balik beli tiket 4 dewasa. kahkahkah. Okey ni part kelakar. kitaorang semua tak menyangka bahawa pameran ini untuk mengatasi fobia. semasa kami duk tunggu turn ni, ada bapak n anak perempuan dia keluar dengan muka pucat. Time tu bau sedar, ni pameran apa ni.
So ada laa setoi abag yang jaga kat sini, sebelum brief. dia suruh kami layan dulu video kat TV. Al kisaahhhnyaa, ada 4 ketoi sekawan yang masuk hutan. Yang bersambung laaa dengan Pameran tuu. Pastu yang aku ingat depa jerit ketakutan, berlari dan huwaaaaaahhh abis. Untuk pengetahuan semua, saya adalah sejenis manusia yang penakut. Sangat penakut.
Ang rasa, apa yang ada kat dalam sampai semua dalam video tu menjerit ketakutan?
Tak tahan abang tuu boleh pulak berseloroh,
awat semua pucat. dia rasa kenapa agaknya?
Time tuu rasa macam nak pi refund tiket wei. Tak mau masuk. Ada pulak 4 ketoi adudu yang boleh tahan laa penakutnya, Nka dijadikan cerita ada sepasang uncle aunt yang nak masuk. so ada laa 6 ketoi manusia nak masuk pameran tu. Dalam pameran ini, dia akan mengajak, bukan pelawa yaa, mengajak *
tapi bukan sama jaa ka*, Ang berdepan dengan fobia ang sendiri. Macam macam nama fobia laaa dalam bahasa sainstifik.
ding dong ding dong, kami pun masuk. Ang tau, time masuk tuu aq pikir nak keluar jaa. ada laa tapi mana boleh habaq. nak tau, pi tengok sendiri pi. Yang pastinya menjerit juga laa aku. Tapi serius menarik. Meraba raba aku dalam gelap tuu. dalam hati pikir jangan laa aku terpegang apa apa dalam gelap tuu, tak sanggup nak pikir. dia ada laahh beberapa zon fobia. tapi satu jaa nak habaq, orang yang video tuu memang tere, tere apa?
pegi dulu Pameran Survive The Bunker tuuu, baru ang tau depa tere apa.
Abis keluar, kami terus makan tengah hari dan solat Zohor. Pastu pegi laa tunngu bas nak balik MRT. Nak dijadikan cerita, jumpa balik abg bas tuu. aku siap, ehh macam kenal jaa bang. lalu dia pun ketawa. Bila dah sampai stesyen MRT tuu, abg tu siap hon, siap lambai tangan lagi. Tak tau laaa, sejak dari IJN ni, feel ngan abang bas memang cool cool macam tu mehh.
So kita pergi ke Next Stop seterusnya iaitu Muzium Negara.
Berilmiah betoi jalan jalan kali ni wei.
Yng paling lawaknya, dah sampai stesyen Muzium Negara. Duk cari laa mana laa muzium ni. Rupanya atas kepala weii. Kluar Gate B, terus jumpaaaa. Nak dijadikan cerita, jumpa tourist tnya jalan nak pi KLCC. Merangkak jugak laa aku terang, Biasa laaa. Kenderaan Awam kat Malaysia ni kena main tukaq tukaq sikit. naik MRT, tukar LRT. Naik bas tukar KTM. gitu laaaaa. Setelah berkedek kedek terang, akhirnya dia dapat laa apa yang aku cuba nak sampai kan,
ke tak?
Masuk Muzium Negara, RM2 ringgit sorang. Ada 4 Galeri, Zaman Batu gituu, Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Sebelum Kemerdekaan dan Zaman Malaysia kini. Dia macam ang belajar ulangkaji sejarah form 1 sampai form 5 laa jugaa. Paling sedih bila tengok pameran macam mana kemerdekaan kita capai, tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan pemimpin terdahulu.
Kemerdekaan tuu adalah sesuatu yang susah diraih namun mudah terlepas kalau kita tak hargai dan jaga. Al fatihah untuk semua pemimpin Negara
Keluar dari Muzium, dia ada galeri terbuka. Nak di jadikan cerita ada 3 pameran yang berlangsung.
Pameran sal Sukan SEA, Pameran Kartun Malaysia dan Pameran Pop Ye Ye
Pameran Sukan Sea macam biasa laa, menyingkap kembali sejarah Sukan Sea, Negara mana pernah anjur, ada maskot iaitu Rimau. Sorotan sukan sukan yang mencapai kegemilangan. Gitu laaaa. Plus ada tayangan juga. Tayangan ti Majlis Perasmian Sukan SEA baru baru ni.
Pameran kartun, Sama juga. Menyelusuri perjalan kartun Malaysia. Sentuh bab animasi. Kemajuan kartun di Malaysia. Pameran semua kartunis, animasi yang pernah, sedang dan akan mewarnai kaca kaca televisyen. Gitu laaaa
Same goes juga pameran POP Yeah Ye. Seronok gilaaaaa hat ni. Dulu, band Pop Yeah Ye macam band korean wei, hensem yaa amat. pastu ada tayangan filem yang ada sentuhan Pop Yeah Ye. Teruk juga laa geng tuu heret aku keluar. Biasa laaa bilaa dapat tengok TV ni, aku ni ni macam patung kaca sikit. Keras. kahkahkah. Bab paling syiok sekali bilaaa dapat dengar lagu lagu lama. berjoget juga aku dalam tuu. hahaahaaha. last last depa heret sebab malu dengan aku, why should malu. aku pandai nari kot.
ewaahh ewahh joget lagii. kasi lagi. haahahhaah.💃💃
dan lawatan ilmiah kami diakhiri dengannnnn
makan KFC. hhahaahahahaha. lalu kami pun pulang. penat bohh. sakit kaki jejalan non stop. hahahahahaah.
Sekian sahaja laa. aku pun dah start ngantok ni.
Esok pada waktu yang sama, part 2 pulakk. tapi pi tempat lain. pi mana pi mana. tunggu laa esok.
ke lusaa. hahahaahahahah.
Korang kan set penyabar. Sabaq naaa. hahaahah. okey, wasalam. and sayonaraaaaaaaaa!
P/S: Gambaq kat bawah weiii
 |
aku dengan upin ipin sekampung duluu. merajuk wei |
 |
pedulikan monumen kat belakang |
 |
Pameran Kartun Malaysia |
 |
Dalam Muzium Negara. Skru kaki dah longgar |
 |
Singgah balik Melaka Sat. Makan Cendol |
 |
Taman kat Pusat Sains. Kat bawah tuu ada kolam mandiii. untuk budak |
 |
Check lighting weii |
 |
Sandar kasih pada yang tak sudi |
 |
Lama tak jumpaaa, rindu ang pokok Kepala, eehh kelapa |
 |
Cita cita tak kesampaian. Sebab rajin lena dalam kelas |
 |
Benda Fav Sif Jeff meh |
 |
Try hard untuk sopan |
 |
Penuhi impian toktien nak tinggiiiii |
 |
Post Maut dengan bestie zaman batuu |
 |
Kami dah, anda bila lagi |
 |
Jumpa Bekas laki. nak tuntut cincin nikah |