Monday, 21 January 2019

Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Rekod: Apakah? (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Bersua kembali rakan rakan yang click link ni. hahahaahahaah.
Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, kita akan sambung pasal pergurusan rekod dan subject yang anda akan amik, jalani, buat assignmentnya, projectnya.

Oh, untuk sesiapa yang macam. eh kenapa bahagian 2? Tukang tulis ni tak reti kira kee?
Dont worry, di sini sayaa sertakan link posting sebelum ini~ Yang ada cerita dikit dikit tentang pengurusan rekod and a bit of subject dalam semester satu yang lalu

  → Ini link terus ke hati awak.(hahaha) dak dak, Bahagian 1  ←(tekan ini tauu tauu)

Kalau anda bijak bestari, kat manakah bangunan ini?
In this posting kita akan ke semester 2, 3 dan inshaAllah 4 kalau aku tak over berleter kat semester 2 dan 3 ni. Well, duk syok syok taip sekali hah, panjang lalalala~ mengambil pengajaran dari posting lepas, saya akan buat heading untuk semester. and a bit color code untuk bezakan antara course program, course keperluan fakulti, koko dan one new thing, course tambahan atau dikenali juga sebagai Minor/elektif

Fun Facts: dalam semester 3,4,5 dan 6- pelajar akan mengambil course tambahan dari program lain yang dalam fakulti pengurusan maklumat seperti course dari course Library, Resource Centre dan Information System. Jumlah subject yang anda perlu ambil adalah 2 course per semester. so in total, anda akan ada 8 course yang berbeza dari record management. Paham kot, kan?

Okey sebelum melangkah lebih jauh, mari laa saya terangkan apa itu subject minor atau elektif dan apakah beza mereka berdua selain beza ejaan dan cara sebutan.

Minor- 8 course yang anda ambil semuanya dari kos yang sama. Contohnya incase kalau korang nak buat minor information system, so korang akan ambil 8 course yang ditawarkan dalam Information System. perkara yang sama juga kalau korang nak buat minor in Library or Resource Centre. 

Elektif- korang boleh pilih mana mana course dari mana mana program untuk korang ambil as course tambahan. Contohnya korang boleh amik 3 course library, 2 course resource centre and 3 subject information system or vice versa. ikut keinginan, kemahuan, kesukaan dan ke- korang. gituu. 

Kalau secara mudahnya kalau amik minor ni, korang macam order set makanan. tak boleh tukar, kena makan je semua. tapi kalau elektif ni macam korang makan buffet. makan laaa ikut suka korang. *sesungguhnya ketika entry ini ditaip, tuan blog tadi makan nasi ayam, pastu lontong semangkuk. tapii still lapaq*

So lets go to semester 2. *beria citer sal minor semuaa, tapi benda tu time sem 3 dan keatas oi*

Semester 2

Study test sampai ke . . . . ..
So course yang korang amik untuk semester 2 ada enam (6) in total dengan 1 course umum untuk course, 3 course  khusus untuk course, course  keperluan fakulti dan kokorikulum bahagian 2 untuk bulan sabit merah

before that, not to mention, kalau kokorikulum korang ialah Kesatria, so korang ada pilihan untuk stay until koko bahagian 3 atau tukar kepada kokorikulum yang lain seperti bola jaring, futsal, pengurusan masjid, pengurusan rumah tangga, atau pengurusan minda *actually tu je aku ingat wei~*
Tapi kalau korang dah bilih bomba ke, bulan sabit merah kaa, bulan rindukan bulan kaa, bulan ini bulan cinta ke, korang kena stay sampai abis bahagian 3: kokorikulum. gituuu
(ini hanya terpakai di UiTM sahaja. U lain, idok laa deme tahu)

IMC451: Organization of Information
  • course ni ada kesinambungan sikit dengan subject IMC402 iaitu time semester 1. Dia still belajar pasal data, information and how to handle it. Tapi dalam course ni dia lagi gali lagi dalam. dia ada mention pasal profesional person yang akan handle this kind of course . tapi course ni memang kauw kauw kena baca. sebab maklumat diaa banyaakk. *tak ada laa aku kata course lain maklumat sikit tapi banyak jugak* hahaha

IMR451: Management of Records in Organization
Kelas bersama Sir Nazir. Ketukan ajaibnya paling rindu oi
  • course pengkhususkan rekod. Dalam course ini ang akan belajar segalanya tentang rekod aktif. rekod aktif ni rekod yang setiasa digunakan. kiranya kalau rekod ni memang hot gilaa macam crush korang laaa. *crush aku biase biase je. Semua orang cari, semua orang gunaa. i mean that rekod laaa. contohnya macam kad pengenalan laa. korang nak buat check up kilinik/hospital, korang guna. kena saman, tunjuk IC. gituu laa. tapi kalau mudahnya rekod tu korng memang gunaa kerap. kalau boleh lunyai, lunyai laa *again, itu perumpamaan. pastu belajar laa kenapa kita kena jaga rekod ni, apa karekter yang kita boleh lihat untuk meyakini itu adalah rekod. pastu apa jadi kalau ang tak jaga rekod ni. pastuu kaannn kepentingan rekod pada urusan seharian , kepada negara dan segalanya laa *bayangkan muka aku yang beria ria, then u will understand* hahahaha~

IMR454: Management of Records Repositary
Time kena discussion bab
  • Ini pulaak korang akan belajar pasal rekod semi aktif. rekod yang suam suam kuku. orang gunaa, tapi kadang kadang je laa. kadang dipandang. kadang dibiar. kadang ditinggai sepi *why your explanation so melancholic? macam orang putus cintaa pun ada. kiranya tadi kan rekod aktif kann, semua orang nak gunaa. tapi ada juga rekod yang macam kadang gunaa. soo bayangkann ekk, kalau korang tak asingkan rekod yang aktif ngan semi aktif ni, idok ke banyak rekod yang ada dalam office korang? so dalam subject ni korang akan belajar pasal penyediaan storage untuk rekod semi aktif. ye laaa, rekod tuu even kadang ada kadang tak orang nak guna, tapi dia still ada function dia. so korang akan belajar apa yang diperlukan untuk buat storage lain, apa kena sedia, macam mana dengan keaadaan dia nanti simpan kat sana, perlu apa ke pa. gitu laaa. and ada benda lainnn yang kalau aku terang baik aku je ajar korang. acecece. 

IMR455: Administrations of Archives
Ada program ceramaahh~ ni AJK diaa
Time ni visit ke Arkib UiTM untuk subject~
  • okey, untuk course ni. korang akan belajar pasal arkib. arkib ni ada 3 definasi. satu arkib adalah bahan dokumen tuu. yang ada nilai diaa. dan kita simpan untuk pnyimpanan kekal. yang kedua adalah arkib sebagai bangunan. di mana tempat kita simpan segala dokumen, peta, perjanjian dan segala jenis bahan dalam perbagai medium. yang ketiga adalah orang yang menjaga dan menguruskan bahan tu. Gitu laa secara ringkasnyaa. ada a few benda lagi macam arkib ni ada rule dia. dia ada guideline yang kita kena ikut. Tapi one of benda yang kita kena ingat, apa apa kena rujuk akta arkib negara 2003. and it is a bit tricky sikit laa. course ni ada mix sejarah sikit, undang undang sikit. But ianya sangat menarikk. it like ang belajar sejarah sikit laa *saya sukaa itu subjek sejarah*

MGT400: Principles and Practice of Managements
Muka HAPPY,sebab abis presentation MGT
  • Yang ni korang akan belajar bab management. pasal organisasi. secara umum laa. dia macam kalau ang jadi pegawai, apa patut ang buat. pastu sikit pasal pengurusan kerja, pastu ada pasai how to manage yourself bila keja nanti. how to being good worker, a good leader. gituu laaa. nak ulas panjang punn aku kurang perform sikit. tapi definasi yang paling aku ingat adalah organisasi laa. lets mee share with korang, organization is the place where a group of people working in achieving toward common objectives. tu je aku ingat wei.. huwaahh. 
Lalu tamatlah semester 2 dengan jaya dan gembiranya. lalu kita ke semester 3 iatu semester yang benar benar berkata padaku *ni bukan main main daahh Alia oi*
dia macam ala ala wake up call laa. tapi biasa laa. alia ni penggera pun dia tak bangun, ini pulak orang kol je #SiapaYangFaham,FahamLah *fadd, pinjam quote ang weeeii~

Semester 3

Untuk semester 3 ini, dia berat sikit laa. It admitted by many circle of friends. Korang akan ada nine (9) subject in this semester which are 2 course khusus untuk course, 3 courses keperluan fakulti, 2 subject elektif/ minor (sis elektif), kokorikulum bulan sabit merah bahagian 3 dan third language which aku pilih japanese. (kat puncak ada banyak juga laa pilihan third lang which are japanese one of them, Mandarin, french, arabic and German.

IMR504: Classification and Filling System
Ni Sir Zairul, antara lect yang ajar subject ni *AKA Ustaz
  • course ni pulak pasal rekod and how kita nak simpan secara effective. One things mention, rekod ada 2 jenis which is rekod housekeeping iaitu rekod yang setiap agensi kena ada. maksudnya rekod administrative. tak kira laa ang syarikat kapai kaa, syarikat roti ke, hospital ke, sekolah ke atau apa apa pun pun jenis nature syarikat ang, ang akan rekod gituu. rekod finance juga contoh lain. Lagi satu ialah rekod functional iaitu rekod yang ikut nature organisasi ang. contohnya rekod pesakit mestilah kat hospital kann. korang tak kan jumpa rekod pesakit kat syarikat kapai atau syarikat roti. gituu dan sebagainyaa. rekod pelajar universiti satu lagi conthnya. ang tak kan jumpa rekod seumpamanya di kedai gambaq. gituu laa. pastu korang akan belajar nak guna susunan apa kalau nak simpan rekod tuu. macam mana nak bezakan satu rekod ngan rekod yang lain dalam rak dan sebagainyaa. Tapi kann. ni paper killer laa. siikitt. *takk banyak sikit (one sbject yang ssah bagi aku). tapi if korang paham betoi subjek nii, korang boleh feel feel keja office laa. sebab sbject ni boleh aplikasi untuk admin punya jawatan. thereee~

IMR505: Planning and Design of Records and Archival Repositories
Hai Floor Plan, sihat?
  • Ingin menjadi arkitek? ingin jadi interior designer? ingin menjadi ala ala tuan tanah? hartawan ada bangunan sendiri? ingin jadi ceo di syarikat sendiri? ini laa course untuk anda. hahahahhahah. subjek ni pasai design your own arkib mehh. macam tahun kami, tema dia kartun. uiiii. serius dak bohong, best gilaa subject ni. Cuma kena buat bangunan 3D tu yang macammmm. and ini ialah kos dimana duit ang melayang seperti layang layang terbang petang, bersama angin kencang di tepi sawah padi. *berbahasa pagi pagi ini oii~ Kiranya korang akan cari tapak untuk bangunan korang *ini realiti* tapi idok laa bina betoi betoi. hahahaahahah. nak cari tapak bukan macam *okey taman tu kosong, kita bina arkib kita kat sini*. Daaaakk, ada syarat dan termanya sebelum nak pilih tapak tuuu. ingat mudaahhh? then korang design bangunan korang, pastikan 4 main area da dalam arkib korang. then bina in 2D and 3D guna app tertentu. time kami siap ada event memperkenalkan arkib masing masing. batch kami dah ada 4 kelas. memang meriahh gilaa kot. siap ada booth, game, hadiahh. macam event nak promosi real punyaa mehh. time tuu semua pakat laa puji bangunan masing masing. pap hadiah tu laa best. ohh, arkib saya nama WOW Cartoon Archive. hahahaahahahaahahaahhaahahah. cer teka sapa CEO? hahahaahahahahaha. done regelakk~
*Gambar untuk event C-CARE ada kat bawahh sebab banyakkk gilaaa. mohon turun lagi ke bwah tauu* (kenyit mata)


CTU555: Malaysian History
  • Welcome back Sejarah! hahahahaahaha. tapi ni sejarah malaysia. dari zaman sebelum kemerdekaan, yang masih namanya Tanah Melayu, mencapai kemerdekaan, pembentukan Malaysia dan sehingga kepimpinan tebaharu. Belajar benda sama jaa tapi yang ni lebih detail laaa. ada bab perlembangaan. Tak perlu terang banyk. korang punn tahu kaaaannnnn~

ELC500: English for Academic Reading
  • Kembali lagi ke course  english, mumumumu. tapi untuk sem ini kita fokuskan banyak article laaaa. baca article, pastu ada soalan berdasarkan article tuu. ada buat karangan jugak tak salaaahh. and other english matter. 
ENT530: Principles of Entrepreneurship
  • course yang akan mengajar bagaimana untuk berniaga dan bukan hanya menjadi peniaga yang mendapat keuntungan tetapi peniaga yang bijak dalam mengatur strategi dalam perniagaannya, Tapi kelas aku tak ada laa sampai menjual jual tapi tak salah kelas sebelah ada kena jual jual sikit. Pastu lepas kami jaa, junior kami semuaa kena meniaga secara realiti. pegi daftarkan peniagaan, buat akaun FB dan Insta dan promosi. Kami semua pakat belajar teori je. Tapi kami kena buat innovation product or service. Group kita orang buat pasal tong sampah yang pintaarr punyaa. untuk orang malaih nak bangun buang sampahh. gituu laaaa. *berdasarkan pengalaman sebenar. tapi tak ada laa bangunkan ciptaan tuu, takat bentang idea je laa. tapi untuk rumuskan course ni pasai meniagaa laa. and jnis peniagaan and what should u do kalau nak meniagaa. gituuu laaa 

IMS456: Basic Web Design and Content Management
Antara cuntuh coding dia~
  • Ini ialah subject dari program Information System. course ini pasai nak buat website guna code html. pastu design korang punya website. subject yang paling beria aku nak amik, tapi course yang paling aku tak leh go. hahaahaahah. aq dapat detect yang aku kurang sikit subject gini sebab aku ni jenis cuai? kot? sebab kalau nak buat coding untuk design nii. ang kena teliti gila b*** punyaa. kalau silap huruf, hilang satu titik, terjarak sikit. percaya laaa. apa yang korang nak buat menjadi just a good blank space~ course yang korang tak buleh buat last minute. Buat last minute, korang sakit. Tapi bilaa jadi weii, rasa macam nak cium skrin laptop wei. tu memang satu kepuasan gilaa laa. So buat sesiapa yang suka cabaran, try amikk. tapi kalau korang tere, boleh buat duit kot. design satu web nii, banyak pulangan diaa. Tapi biasa laa, nak senang kena laa bersusah susah. gituuu~ Result aku? hmmmmmmmmm, sedihh.
IMS457: Multimedia for Information Professionals
  • Ini ialah course dari program Information System jugaak~ course di mana korang akan belajar buat video interactive untuk pembelajaran. Tahu taakk CD budak yang belajar ABC ngan mengira 1, 2, dan 3 tuu. kiranya dalam subject ni korang akan belajar buat benda gituu laaa. bila tekan tu kluar video. tekan tu keluar kuiz. tekan tu keluar gambar bergerakk. subject ni memang best gilaa. aku pulakk jiwa kanak kanak riang. uishhh. memang aku suka gilaa weii! aku pun tak inngat mana cd tuu aku lemparr. sebab kami buat mari mengenal Warna. OHH, lupa nak mention, subjek ni jugaa kaaaannn. buat aku berlakon buat kali pertama dan terakhir. . hahaahahah. video pendek tuu? aku dah sorok siap siap supaya tak ada siapa jumpaaa. ahhahahahaahahhhhahahaahhaahah. itu laa video pendek yang paling . . . . . . . . . Just forget it (please jangan cuba cari, tak jumpaa)

TJC401: Introductory Japanese (Level 1)
Petikan buku teks third language~
  • Koniciwaaaa! yang ni belajar bahasaa jepunnn! untuk first ni belajar benda asas laa. macam number dalam jepun, greeting dalam jepun, macam mana nak kenalkan diri, hari hari dalam jepun *kalau tanya aku sekarang, tak banyak punn aku ingat weii* kalau kelas jepunn, lidah aku laa paling keras weii. sebutan aku memang ke laut dohh. paling aku takut kalau ada test speaking weii. 3 hari sebelum test, tengah mandi punn practice weii. sebelum tido practice. uihhh, cuak gilaa. sebab aku jenis gelabah + pelupa = Pelupa sebab gelabah. huwaaaah. tapi sensei aku baik gilaa wei. kalau dia ikut gelabah tengok aku gelabah. tak tahu laa. ke mesti ramai student gelabah macam aku kot? tu dia biasa tuu. Tapi one things aku suka dengan kelas jepun, kelas kami meriah gilaa. tak penah lagi aku pi kelas aku tak ketawaa. tak ketawakan diri sendiri, ketawa kan gelagat masing masing dalam kelas. Tpi third languege ada tiga level. so sem depannya i still see u babehh~
Lets end our posting here laa. because the tuan blog tetiba craving maggi kari pagi pagi ni *tell me, mana aku tak gebu? (kisahh pulaakk aku *roll up eyes). lagipunn kann, rasa macam panjang jee. i tak suka nak tulis panjang panjang. ye laa, posting memang dah serius. sembang pasal subject laa, course laa. so untuk memudahkan dan memahamkan anda yang sudi tersinggah kat posting ni, so saya dengan sukasukacitanya meringkaskan *but still berjela jugaa posting sayaa ini~

That all from me. Moga yang membaca dapat manfaat. Ada laa bekalan nak bwak time tak ada dah kat muka bumi ni *tiberr rasaaaaaaa . . . . . . . . .*

Sekian terima kasih untuk yang membaca. Adiousaa~


PS: Gambar C-CARE kat sinii. Yeee, kat sini
(Pesanan Penaja: Maaf laa mampu bubuh sikit jaa~ Kalau macam, ek macam mana gambar saya kat sini? Buat tak tahu jaa, Please Enjoy?)
*kalau ada yang terkenan, minta maaf, sis ada gambar je. No Phone? Cari sendiri.*


Uuuuu~
Hi, We Are Your Officer!

Tengah Prepare booth masing masing nampaknya




Hai Dr Ezza~

Khusyuknya pihak yang menerang dan pihak yang diterangkan tuu~




Ni tengah jahit buku. jahit buku?
Ni pulak preservation document~




Mengaajaaarr betoi~








Hai? Muka masing masing, sesuci lebaran~





Macam nak masuk phone je tu~








Geng menyibuk ke booth orang

Iman sedang melayang tetamu hadir~































Antara Gambar for every booth dan their member team

















Nahh, sapa tak ada kat atas sana. Sini ada OI!

Saturday, 19 January 2019

IIjazah Sarjana Muda Sains Maklumat Pengurusan Rekod: Apakah? (Bahagian 1)

Assalamualaikum, selamat pagi *greet depend on penulisnya (so kalau korang baca waktu selain waktu pagi, tukar laa sendiri). Harap semua sihat di samping keluarga tercinta. suami/isteri/anak tercinta dan segala gala apa yang anda cintai #DonePositipVibe
Lanje Satu gambar dah unoffically abis degree meh~

Merujuk kepada tajuk blog yang clear as Crystal tu, so faham laa mak cik Aya nak berleter pasal apa. Ya, saya suka bercerita bab bab gini walaupun dah abis belajar. time belajar kan busy kaannn~ *acah gila (flip tudung)

Tujuan posting ini hanya untuk pengetahuan am sahaja. lagi lagi kepada pelajar baharu yang macam, padia pulak kos ni. *salah sorang bekas*. kalau nak yang formal punya boleh straight click link dibawaahh ini:

Bachelor of Information Science (Hons) Records Management - IM246

Sebab saya sebagai pelajar unoffically nak habis dah~ ni akan menerangkan ringkas ringkas dan mampu dihadam oleh tukang tulis sendiri.

Okey simple one.

Degree ni amik masa 3 tahun setengah dengan 6 semester belajar secara teorinya di fakulti kami yang comel lagi indah di Puncak Perdana manakala satu semester terakhir akan dihabiskan as latihan industri di organisasi pilihan tuan/puan/adik/akak/abang/dan seterusnya. Oh, ada posting pasal latihan industri dalam blog ni, jemput laa kodek kodek nanti yaa

Fun Facts: Fakuti Pengurusan Maklumat ada 4 adik beradik untuk degree iaitu Library Management, Resource Centre Management, Information System Management dan Record Management. Sis tak akan mengulas lanjut. Kalau nak tahu. mohon kodek sendiri kat websites rasmi sebab sistor nak cerita pasal rekod je ni
Classmate yang beza kos. Sebab sem 1 kann. belajar benda samaa

So sambung balik. Secara amnya, course ni korang akan belajar pasal bagaimana nak menguruskan rekod dengan efektifnya dalam 3 state iaitu ketika rekod tu aktif , rekod tu semi aktif atau dia mencapai tahap arkib. And korang akan mendalami kenapa pentingnya pengurusan rekod ni kepada diri korang, sekitar korang, masyarakat, bangsa, negara dan antarabangsanya. and a few things that kalau aku cerita antara aku tak tidur atau korang tidur dulu sebelum habis baca posting ini. acecece. gituu

Tapi sebelum kita melangkah lebih jauh, sis nak perkenalkan apa itu rekod dan apa itu arkib.

Rekod- apa sahaja dokument tak kira dalam apa bentuk atau keadaan yang mengandungi maklumat yang berguna untuk menjalankan apa apa jenis transakdsi yang memberi bukti. Contoh: Kad Pengenalan tuan/puan/adik/akak/abang/dan seterusnya. Without I/C, how you want to prove yourself as malaysian? gitu laa secara mudahnya

Arkib: rekod yang telah dilihat dan dibuktikan nilainya lalu disimpan untuk tujuan penyimpanan kekal buat selamanya di Arkib Negara Malaysia *Pigi laaa melawat sekali sekala: one of must place untuk student rekod*
Apadia yang . . . . . . .


So subjek yang korang akan belajar akan berkisarkan dua perkara di atas cuma lebih mendalam laah~

So untuk bahagian satu ni saya akan cerita a bit pasal apa yang korang akan belajar time semester 1 dan 2. Next bahagian kita akan go through lebih mendalam ke semester 3 dan keatas.

If korang dari diploma fakulti pengurusan maklumat, korang akan terus jump ke semester 3. Bagi pelajar lepasan STPM, Matrik atau diploma yang lari jauh dari fakulti Pengurusan Maklumat, korang akan restart or start dari semester 1. bertatih tatih dulu laa. belajar basic laa kira.







Time sis belajar dulu, semester 1 ada 7 course dengan 4 course keperlukan program, 2 course keperluan Universiti dan Kokorikulum *Sis amik Bulan Sabit Merah- teringin nak jadi dr tapi tuu laaaa. hahaahhaha(ko ingat boleh lari dari koko macam time sek menengah duluu?)

Nama course and a bit bout seperti dibawaahhh~

IMC401: Foundation of Information and Communication Technology

  • Belajar pasal isi dalam luar computer. pasal hardware and software, macam mana sistem computer dalam lab. untuk rumuskan ang belajar apa tu kompuer serta adik beradik dia, sepupu sepapat. ang belajar juga sal software, jenis jenis software. dan segalanya *ingat ingat lupaa ni ahahahahaah

IMC402: Foundation of information Management

  • yang ni belajar sal information. macam mana nak dapat. siapa yang smpan maklumat data dan segalanya. ang juga akan belajar agensi mana yang simpan. pastu sebenarnya ada persatuan yang ang tak penah dengar yang jaga agensi dan orang orang yang smpan maklumat ni. dan sebagainyanya yang beerkaitan





Dengan Madam Sufy: lect 406
IMC406:Library Skill

  • yang ni pulak ang akan belajar how to cari maklumat dalam library.1001 on how library berfungsi, guna susunan apa. how nak buat reference, how nak cari buku, nak cari journal. cari maklumat dalam database *yelaa, ang tuu information management punya student, so ang kena tere urus maklumat dan cari maklumat dari student kos lain

Lepas present subject 407 meh~














IMC407:Internet of Resources and Services

dengan Madam Noraizan, ajar subject 407
  • yang ni korang akan belajar 1001 about internet. apa tu internet. how internet boleh bantu ang. apa service yang ang boleh guna dalam internet. apa jenis service yang ada. kalau sebelumm belajar subject ni, aku tahu facebook je weii dalam internet tu. lepas belajar subject ni, ang akan wow banyak rupanya function internet selain sosial media and googling. hee 











CTU551: Islamic and South-East Asian Civilization

  • Selamat datang ke subjek sejarah *hahahahahaha, ingat boleh larrikkkk? tapi yang ni ang belajar sejarah islam and a bit bout negara asia tenggara. pastu belajar sal pembentukkan budaya and how kita terima tempias budaya dari eropahh *ingat lagi present chapter last, menangis orang tengok vid kami prepare weii. hee

ELC400: Preparatory Collage English

  • yang ni ang belajar english laaa. sebab UiTM ni antara universiti yang gunakan english as bahasa pengantara. Do i mention semua subject in english kecuali CTU and KOKO je. yang lain english mehh. tak salah aku dalam kelas ni belajar balik grammar tapi tak ada laa mendalam sangat. tapi macam recap kelas time sek menengah duluu~
Classmate merangkap housemate. mengila 3 kalau buat assignment
Selesai semester satu. hahahah. Sem satu ni macam wow banyak maklumat, banyak maklumat, hahaah. tapi if korang booleh handle dengan baik. tu bukan satu masalah. aku sen satu ni dah jinak jinak dengan persatuan dahh. Nanti ada posting khas. Draf dah buat tinggai nak elaborate jee~
Oh, lupa nak mention, Sem 1 ni ang belajar asas maklumat. bila jump sem 2 baru ang belajar khusus bab course ang. gituuu~

Should i do other posting? Sebab rasa panjang sangat ni. Takpa laa, kita sambung semester 2 dan ke atas dalam next posting okey! sebab kang panjang panjang, jadi hikayat melayu pulakk. hahaahahaa

so that all from me. Esok nak pegi pasar Penaga! Well, sejak jadi anggur berjaya kat umah ni kann. hahaahahah. kidding. nanti kena start job hunting oi. oi. oi. oi. Nanti i sambung laa ek. If ada any question, terus je kacau kat FB. nanti sis sembang panjang laa. haahahaah

thank you and good bye. Adiousaa~ 


Tuesday, 15 January 2019

101 about My Internship

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam apa yang patut la~
Masih tidak terlambat untukk sayaaa ucapkan
           "Selamat Tahun baru, 2019"
Moga sapa hat ada azam baru, impian baru dan segala yang baru tuu terlaksana laa
Hat sapa yang tak ada tu, boleh laa recycle hat tahun lepas.
Contohnya nak kuruih kaa, nak diet dan dan seangkatan dengannya.

So tanpa membuang masa, mari laa saya mengadakan sesi sharing saya seorang diri ini mengenai internship saya selama 5 bulan. Macam biasa laaa~

Intro- Tiba sahaja sem 7, Pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat akan menjalani latihan industri di mana tempat pilihan pelajar tersebut (tiberr rasa macam intro report LI kann)

jap jap, sebelum tuu nak ucapkan tahniah untuk semua batch saya yang telah menamati latihan industri, siap report, settle viva dan segalanya pada 2 minggu pertama bulan januari yang lalu. So secara unofficially semua sudaah tamat life as student degree, UiTM meh. tahniah, tahniah.

Mood Sirious balik *please bayangkan muka alia seserius mungkin*

It is one of compulsory thing for student untuk undergo before boleh nak campak topi, jubah dan benda benda yang bisa dicampak ketika convocation. So during all the process, sistor malas nak ulas laa. kol, email agensi or organisasi tu benda biasa laa bilaa time nak minta tempat ni. kena reject, phone tak kena angkat, oramg tak layan, and so on. time tu laa ang akan belajar erti ketabahan, kesabaran dan keluarga ke- yang lain. Then kami ada laa taklimat. Do and Dont time intern. jaga kebersihan, jaga kelakuan and so on. Jangan bercinta dengan laki orang, bini orang. jaga batasan pergaulan dan sebagainya. Anggap laa as nasihat ayah/mak kepada anaknya. gitu laa.

Tempoh untuk sesi kami start 1 Ogos 2018 sampai 31 Disember 2018

To make it short, aku intern kat Amanjaya Specialist Centre, Sungai Petani, Kedah
For one month. sebab atas masalah masalah yang tak boleh dielakkan. I takde supervisor untuk department yang daku detempatkan.
Time tu rasa down sangat. Sebab orang lain tengah daalam process selesakan diri. But ang dalam process nak kena tukar tempat intern. time tu quite stress jugak laa, tapi masalah tu datang dari aku sendri yang cuai and tak check. So the fault lies back to me.

Time tu tak bohong, aku sangat bersyukur dapat Sir Jeff as coordinator LI yang sabar je dengan aku yang memulakan masalah tu. huhhuhu. Untuil now aku serba salah dengan sir, tapi still aku rock rock jee dengan dia. So sir, incase laa. Incase sir terbaca blog sayaaa ni, if laaa. saya minta maaf sir susahkan sir ekk.

One month in Amanjaya Specialist Centre really taught me something laa. jangka masa singkat but i learn something from there. Gedak geduk, gedak geduk *it actually a sound effects*, remohon, recall, and all type of re-, Allah mudahkan cerita Intern sayaa, aku dapat Pusat Pakar Perubatan UiTM Sungai Buloh. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu ketika saya remohon untuk intern. Kalau tidaak, mungkin tengah repeat sem hah. huhuhuhu

Beria ria nak intern kat kampung halaman, last last intern kat negeri orang jugaa. kat sungai buloh lak tu. hahaahah.
So i continue my internship in PPUiTM for balance 4 bulan seterusnya.

So ini laa tujuan utama posting ini ditulis oleh penulisnya yang pemalaih, penyegan dan pen- lainnya *rasa mcam belajar bahasa melayu sangat hah*

Kita akan review apa yang aku belajar. Bear in mind, aku amik pengkhususan rekod perubatan time part 6. Berbekalkan kecintaan kepada rekod perubatan disumbang dengan jayanya sebab time IJN duluu. Sebab itu saya intern kat hospital. Aku ada satu minat yang quite pelik ngan hospital. mungkin aku ni peminat hospital tanpa aku sedari so aku beria ria sangat nak intern hospital *hospital ke doktornya~~ -sambil meleleh air liur* tapi percaya laa. aku intern kaat dua hospital, tapi melekat jaa duk kat office. Tak jumpa dr punn. jumpa dr punn dalam website je. *sob sob*

okey kembali semula. Main things yang aku belajar kat PPUiTM is coding disease using ICD10 for disease and ICD9CM for prosedure undergo by patient. Untuk mudahnya setiap penyakit kat dunia ni, ada code dia. Contohnya kalau jaapppp. nak pikir jaaaap. 2 minggu tinggal keja gini, pelupa dia boleh tahan jugakk hah.

Contoh: Coronary artery disease (keaadaan dimana saluran arteri area jantung tersumbat menyebabkan dia menganggu fungsi jantung). code dia adalah I25.1
*typical code yang aku jumpa kalau buat coding ICD10.
Setiap huruf and number bagi code tu ada laa maksud tersendri tapi aku mampu terang yang aku tahu je laa. *well, i am not expert in this bidang*
 tu one of contoh laaa. kaalau nak tahu contoh lain, boleh pm tepi, tengah, belakang, terbalik. hahahhahah

Tapi jujurnyaa aku menghadapi masalah yang serius laa belajar bab bab ni. ye laa, waktu kelas bio dulu sedap lenaaa, so bila dapat soalan cepumas dari bos seperti
   "penyakit ni bahagian mana?"
     " ni bahagian mana dalam anatomi manusia?"
       " Penyakit ni pasal apa?"
time tu rasa nak nangis laju laju sambil lari keluar office *DRAMANYA AWAK ALIA~*

Tapi well, kita duduk zaman IT kann, google ada, google laa. in 3 week terawal teruk juga blur aku. aku punya humid dah laa tahap infiniti kadang. hahahaha. kadang kesian bos aku weii. beria ria dia terang, tapi aq boleh bagi muka seposen tak faham. huhuhu.

But bila kodek kodek dengan penyakit niii, baru laa saya sedar diri sal kepentingan english ni. *buat mengenali diri ini, tahu laa tahap english aku guane kann.* tapi alhamduliah Allah bagi kesedaran untukk belajar lagi lagi lagi dan sampai diri ni sedar diri kata kita ni tak tahu apa sebenarnya. Sebab lagi kita belajar, baru kita tahu betapa jahilnya diri ini.
Jadi pesanan ikhlas dari sayaa, belajar, belajar dan belajar laa. sesungguhnya dengan belajar kita tahu benda baru dan kita tahu banyak benda kita tak tahu lagi.

okey sambung balik. So kita akan isi code ini semua dalam Sistem Maklumat Rawatan Pesakit (SMRP) yang link terus ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). kiranya kita ni macam buat report direct kepada kementerian laaa. gituu.

Actually banyak je benda aku buat time intern. macam cari patient file, settlekan appointment klinik, binding patient file, sorting lab result. tapi biar one by one laa. kot kaaa ada sambungan kaaa. kot laaa ada sambungan. time tu aq berleter bab lain pulakk. kalau aq berleter dalam satu posting ni, memang kang jadi report LI. sanggup nak baca?

But for sure, aku suka dan akan kongsikan one of my job kat sana iaitu handle phone call. best kot. bilaa pikir hari pertama ditugaskan jaga phone call tuu, macam nak tergelak pun ada. beria ria laaa aku tak nak bagai
*Alia suka bercakap tapi dia punyaa confident dengan phone ni kelaut sikit*
Tapi it really good, marvelous memories laa. on all keja buat kat sana, jaga phone ni lain sikit feeling dia. lagii part tengok no luar kol. uiiii, time tu laa al fatihah keluar lancar sebelum angkat phone.

Bila handle phone ni, ada dua types phone kol
1- Within Hospital

  • yang request case note, lab result dan borang semua
  • minta nak sambung kat staaff or kat bos
  • tanya benda kaitan dengan rekod semuaa
  • or cari umi ajak makan *hahahahahah*
2- Outside Call
  • kalau dari patient, nak check medical records, cari En Najib *pemes kot* haahhaah. nak tnya bab bab rekod semuaaa
  • dari doktor hospital lain. selalunya nak check rekod patient yg penah mai PPUiTM laa. selalunyaa hat ni, memang smbung terus daahh kat bos (tapi kalau kena kat aku, mesti time tu bos keluar gi tandas laa, gi meeting laa, gi sana sini laa *merungut* hahahahaahah)
Tapi bagi aku, intern ini bagus gilaa untuk student. sebab student dapat laa belajar banyak benda. then terdedah ngan situasi bekerja tuu.plus apa yang ang belajar teori takk samaaa kot ngan practically ang buat benda tuu. around 100% ang belajar teori, cumaa 5 to 10 percent jee yang ang gunaa. yang lain is really new things. ang tak intern, ang tak gain laa benda tuu

Cuma nak ucapkan good luck to upcoming junior yang akan menjalani latihan industri. time ni laa ang pulun belajar sebnyak mungkin. Banyakknyaa bertanyaaa, banyakkan belajar. try do it. mcm aku, aku belajar buat all benda. cuma certain benda i boleh tengokk jee. sebab kalau bagi kat aku, benda lain jadi kang. so mostly i learn by observation mehh. 

Tapii staff medical record PPUiTM memang helpful gilaa. kalau aku blur ke, blank ke, blur ke, blank ke, depa terang one by one. demo buat depan aku. step by step. #DonePuji. hahahah. ikhlas kot. So to be frank, my internship berjalan lancar sebab diaorang kot, *sobsob, rindu balik* (Cuma bos laa, garang sikit *tapi dia mention dah dia garang so it expected laa, bukan tetiba*) kalau sapa nak rasa apa aku rasa, intern laa kat situ #DonePromote
susah gak laa nak move on. diarong layan aku cam apalagi, i really having good time there. hee

Tu je kot. hidung dah start berair dah. maksud suruh tido *tak sebak punnn*
Doakan resolusi 2019 iaitu rajin update blog, lunaskan hutang saya yang tak lunas. And settlekan hutang saya dengan bos sayaa. tak siap lagii hazarddd tuuuu. huwaaahhhh.

Sekian dari saya. jaga diri semuaa. adious. May Allah bless us mehh

ikhlas dari saya yang comel, gebu lagi hmmmmmm Alia TamTam. <3



As Usual laa, Album gambar semuaa dibawahh sana. Bear in mind, i tak sempat gambar apa untuk Amanjaya Specialist Centre sebab in rushing mode time tu. Sila laa kebawahh oi




Tajuk Special Project sayaa. Second project tarak siap lagi







Dari Kiri: Umi-ruddin, Bella-ruddin, Alia yang comei gila (haha), Najib-ruddin, Alif-ruddin, En Anuar-ruddin, Man-ruddin
Puan Haslina, boss PPUiTM Selayang
Student Visit dari Palam (Padia aku merapu dengan budak2 ni tau)

Penghibur no 1 di PPUiTM
Pintu Masuk?
Bila Semua jenis tak faham definasi BEHAVE
Geng bawang goreng celup tepung gandum cicah tom yam baki steamboat, panjang namaa. (Jenis layan mudah terhibur Alia)

Thursday, 13 September 2018

Bila rasa nak tulis?

Assalamualaikum dan selamat.. selamat.. selamat hendaknya. hahaha. 


Wei nampak sangat laa aku manusia yang tak boleh tulis blog blog bagai ini. Ini nak masuk suku akhir tahun kot. Last tulis haritu awal bulan tahun dulu kot. Janji yang lepas pun tak tunai lagi. alahai oii. Tak paa, nanti in try korek gambar and memori okey. Bhahahaha, janji lagi.

Untuk sesiapa yang mengikuti, Ada kaa orang ikuti kaaa, hahahaahahhahhaah
Sekarang sedang menjalani latihan industri. sem 7 dah kot. Sat jaa nak habis.
Harap dipermudahkan hingga ke akhir. 
cepat cakap amin. 
amiiiiin. 
bagus semuaaa. tepuk tangan untuk diri sendiri.

Nak janji cerita pun, takut tak tulis lak. sis cobaaa. Coba untuk selesaikan hutang terdahulu. bhaahahahah. sal bab intern kena citer abis intern laaa. tunggu sis selesaikan bab intern akhir tahun ni, baru boleh kabor kat kome.
Hah, janji lagi, janji lagi hahhh, aishhh

Posting kali ni?
Nak sembang sal apa ek?
Actually tengah mood nak mengarut, nak merapu datang.
sebab tu nganga depan laptop ni. hahahahaahah. well, jadi manusia yang berdasarkan mood ni susah kot. Mood datang baru rasa nak tulis. kalau tak ada mood, nganga gitu laaa. bab keja and assigment dia masuk bab lain. so marilah kita jangan bincang bab tu kat sini. lagi lagi dengan kaitannya dengan mood. bahahahaahah.

so memandangkan sekarang musim
"kawan sekolah dah kahwin, aku bila lagi?" 
so moh laa sembang bab tu kot,

secara jujurnya, i am not sure untuk orang lain, tapi bagi aku, yaa kita happy tengok orang kecapi apa yang dia nak. dah kawin, dah kerja dan successful dalam kehidupan. tapi kita ni masih nganga camtu. dia bukan rasa dengki ke apa, tapi dia macam mini micro rasa

"bila turn aku?" 
"bila aku nak dapat bahagia macam orang lain dapat?"

kalau istilah lebih sesuai, Insecure. or some istilah complex.

Bila baca statement sendiri rasa mcam bukan manusia bersyukur dahh. huhuhu. #DoneTepukDahiSendiri
 Tapi Allah nak jawab kegusaran aku, aku jumpa dengan satu statement kat fb (bukan nama sebenar)

"Definasi kebahagian itu berbeza bagi setiap manusia. Ada manusia yang bahagia dengan perkara yang nampak simple dimata kita, tapi itu bahagia yang dia mahu. Ada manusia yang melihat sesuatu yang berharga menjadi miliknya adalah satu kebahagiaan"

*ubah sikit sikit sebab tak ingat sangat. Banyak makan air semut kot*

tup, tup aku macam dapat jawapan kepada permasalahan aku. Mungkin aku lack positive look. Sebab dalam kehidupan ni, kalau nak bagi diri rasa bersyukur, kita tengok orang yang bawah dari kita. For example, kita rasa orang lain semua ada kereta sendiri, kenderaan sendiri.
sooo dengan kita memandang orang yang bawah dari kita, kita akan rasa bersyukur. syukur laa ada kaki boleh jalan. boleh naik kenderaan awam. yabg tak boleh jalan tu.
so,pop, kita akan merasa bahagia berdasarkan definasi kita sendiri.

bagi aku, mudah. hang sendri yang control macam mana kehidupan ang. kalau ang nampak semuanya positif, segalanya akan seperti dia taman bunga sambil ditemani rama rama *over betoi* dan sebaliknya. Sebenarnya banyak contoh lain. tapi nanti karang panjang, dia akan melalut pi mana tau.

So gembira atau sedih tuu kita yang tentukan. Nak kupas dalam segi pandangan agama pun, aku bukan seorang yang arif bab tu, Tapi aku selalu percaya Allah tahu ang lebih baik daripada ang sendiri, So ada sebab musabab cause dan lainnya kenapa saat ang lambat daripada orang lain,

maybe Allah nak bagi ang manja manja dengan family ni. sementara tak sibuk kerja dan sebagainya. lihat dunia dengan pandangan positif. *macam pakar motivasi dah rasa*

so sebagai seketoi alia gebu dan comel serta *stop puji diri lebih lebih*, tak salah pun nak fikir benda gitu. tapi jangan sampai dia jejaskan life ang dan macam mana ang tengok dunia. But in certain conditions, jangan laa positive vibe sangat. berpada pada. dunia laa bukan macam dulu dulu. so bersederhana laaa. 

okey, tu je kot. rasa lega daahh sikit lepas menulis dengan tak panjang lebar sangat ni. bhahaahah. esok keja bhai, i mean intern. doakan saya baik baik sahaja. tengah dalam state mari kita belajar sains. hahahaahahah. Tulahh, nganga lagi kelas sains time sekolah. laa macam dumb dumb gila

sekian sahaja dari saya. muahahahah. sehingga kita bertemu lagi. dan doakan saya untuk tunaikan janji janji saya. rasa macam banyak lagi kot hutang janji dengan blog ni. Lagipun niat nak tulis sesuka suki and kalau sesiapa dapat manfaat, sukanya hati saya ini. sehingga itu, bai bai. sayonara and wasalam

Psssttt, P/S: Untuk sesiapa yang save no aku kat whatsp mesti cammm, pahal cam sama jaa dengan status whatsp ni? ye memang ada laa sama dia. tengah mood mood feel feel nak tulis benda gini.

Tuesday, 16 January 2018

Jom jejalan Woi (Part 1) 🏃

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat tahun Baharu 2018. Moga tahun baharu memberi seribu makna untuk semua. Ikhlas dari seketoi Alia yang gebu, comel dan comel laaa, heheheh

Okey bertepatan dengan tajuk kita kali ini, saya Alia gebu gebas akan berkongsi 3 pengalaman saya yang berjalan jalan disekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Dah habis paper dah lama, mood mengarang baru mai, sat tadi, kahkahkah. okey saya akui saya pemalas, hahhhahahah.

Okey kita mulakan dengan perjalanan pertama bagi tahu 2018 iatitu, perjalanan 4 ketoi adudu yang tak balik study week. kahkahkah. Kitaorang memang jalan jalan time 1 Januari 2018, serius. hahahaah.
Tudung bunga: Yana, Tudung coklat Baru: Mimi. Tudung Bawal biru: Toktien. Paling Comel: Alia  

Perjalanan dimulakan dengan, mesti laa aku tukang spoiler. hahahaah. Janji kul 7, aku bangun 7.30. padahnya sepanjang jalan aku kena ceramah dengan adudu mimi, ko rasa? tapi memang salah aku pun.Sori geng. Tunggu bas Rapid KL macam nak patah tulang belakang, sampai dalam 9.30 macam tuu kat Giant. tunggu lagi Rapid pegi  LRT Glenmerie, akhirnya smpai jugak. Naiklaaa apa punn.. LRT laa tak payah nak tunggu lama tapi ang kena tahan azabnya ramai orang. Gila tak ramai, ang keluar time tahun baru oi.. Lelepas tu turun laa KL Sentral. Tukar naik MRT. Untuk maklumat, MRT memang baru, kalau nak naik dari KL Sentral memang jauh sikit jalan. Naik turun turun turun trurn excalator *Maaf kalau salah eja* Dah gedebuk naik turun turun turun, kitaorang naik MRT dan turun Pusat Bandar Damansara. Turun kat Pintu B dan bas menanti. Naik Bas 'Jom Naik MRT' tu.

Macam kisah kami, biaasa laa mak cik Alia ni juga yang tanya. Kami, takk aku sorang jaa sempat laa bergurau,

Aku: Pakcik, Ni bas lalu Pusat Sains Negara kann?
Pak Cik: Ye, semua nak jadi saintis kaa?
Aku: Tak pakcik, saja nak jadi budak budak balik. Pak cik, kalau smapai Pusat sains habaq tau, saya memang tak tau, Kalau pak cik bawak smapi hujung punn saya ikut jaa.
Pak Cik:gelak

Berpandukan pak cik bas yang ramah aduhai tu, dia berhenti kat seberang jalan ke Pusat sains Negara. dia siap pesan tunggu belah sana bila nak balik. Baik betoi pak cik tuu mehh. Bermula laa sesi jalan kaki ke Pusat Sains. Jauh juga laa kena jalan, well jalan berbukit kan. tapi demi Pusat Saias akan ku redahi jua. Gituu. Sampai jaa Pusat Sains Negara. Kami terus beli tiket. hang paham tak perasaan bila orang lain semua

            2 dewasa, 3 kanak kanak, 1 bawah umur. 3 dewasa 3 kanak kanak

mai turn ang, 

           4 dewasa ekk.

Hanya mampu senyum kambing jaa. Dia ada 2 jenis tiket. Satu tiket masuk Pusat Sains Negara, RM 6 ringgit sorang. And dia aada satu pameran Survive The Bunker yang berharga RM 4 ringgit sorang. Untuk harga kategori lain, boleh kodek Laman Web Rasmi Pusat Sains Negara. Well nama pun Pusat Sains Negara, so dia pameran sambil belajar, Cuma untuk nasihat laa, jangan laa datang time hari minggu atau cuti sekolah. Padahnya, ang kena berkongsi kasih dengan budak budak laaa. Tunggu laa turn. Kalau dashyat sikit, berebut dengan mak bapak budak. Tu memang kena sabar jaa, hahahaahahah.

Cuma ada benda yang sedih sikit laa. ada sesetengah barang pameran rosak akibat ada manusia yang terlebih ganas. Jangan laa gituu. kita kan sama sama berkongsi, tak mau tak mau. Pesanan khidmat Masyarakat dari Alia gebu. hehehehe

dah abis tenyeh main semua, kami berempat macam tertarik nak tengok pameran Survive The Bunker. So kitaorang turun balik beli tiket 4 dewasa. kahkahkah. Okey ni part kelakar. kitaorang semua tak menyangka bahawa pameran ini untuk mengatasi fobia. semasa kami duk tunggu turn ni, ada bapak n anak perempuan dia keluar dengan muka pucat. Time tu bau sedar, ni pameran apa ni.

So ada laa setoi abag yang jaga kat sini, sebelum brief. dia suruh kami layan dulu video kat TV. Al kisaahhhnyaa, ada 4 ketoi sekawan yang masuk hutan. Yang bersambung laaa dengan Pameran tuu. Pastu yang aku ingat depa jerit ketakutan, berlari dan huwaaaaaahhh abis. Untuk pengetahuan semua, saya adalah sejenis manusia yang penakut. Sangat penakut.

Ang rasa, apa yang ada kat dalam sampai semua dalam video tu menjerit ketakutan?

Tak tahan abang tuu boleh pulak berseloroh, awat semua pucat. dia rasa kenapa agaknya?
Time tuu rasa macam nak pi refund tiket wei. Tak mau masuk. Ada pulak 4 ketoi adudu yang boleh tahan laa penakutnya, Nka dijadikan cerita ada sepasang uncle aunt yang nak masuk. so ada laa 6 ketoi manusia nak masuk pameran tu. Dalam pameran ini, dia akan mengajak, bukan pelawa yaa, mengajak *tapi bukan sama jaa ka*, Ang berdepan dengan fobia ang sendiri. Macam macam nama fobia laaa dalam bahasa sainstifik.

ding dong ding dong, kami pun masuk. Ang tau, time masuk tuu aq pikir nak keluar jaa. ada laa tapi mana boleh habaq. nak tau, pi tengok sendiri pi. Yang pastinya menjerit juga laa aku. Tapi serius menarik. Meraba raba aku dalam gelap tuu. dalam hati pikir jangan laa aku terpegang apa apa dalam gelap tuu, tak sanggup nak pikir. dia ada laahh beberapa zon fobia. tapi satu jaa nak habaq, orang yang video tuu memang tere, tere apa? pegi dulu Pameran Survive The Bunker tuuu, baru ang tau depa tere apa.

Abis keluar, kami terus makan tengah hari dan solat Zohor. Pastu pegi laa tunngu bas nak balik MRT. Nak dijadikan cerita, jumpa balik abg bas tuu. aku siap, ehh macam kenal jaa bang. lalu dia pun ketawa. Bila dah sampai stesyen MRT tuu, abg tu siap hon, siap lambai tangan lagi. Tak tau laaa, sejak dari IJN ni, feel ngan abang bas memang cool cool macam tu mehh.
So kita pergi ke Next Stop seterusnya iaitu Muzium Negara. Berilmiah betoi jalan jalan kali ni wei.

Yng paling lawaknya, dah sampai stesyen Muzium Negara. Duk cari laa mana laa muzium ni. Rupanya atas kepala weii. Kluar Gate B, terus jumpaaaa. Nak dijadikan cerita, jumpa tourist tnya jalan nak pi KLCC. Merangkak jugak laa aku terang, Biasa laaa. Kenderaan Awam kat Malaysia ni kena main tukaq tukaq sikit. naik MRT, tukar LRT. Naik bas tukar KTM. gitu laaaaa. Setelah berkedek kedek terang, akhirnya dia dapat laa apa yang aku cuba nak sampai kan, ke tak?

Masuk Muzium Negara, RM2 ringgit sorang. Ada 4 Galeri, Zaman Batu gituu, Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Sebelum Kemerdekaan dan Zaman Malaysia kini. Dia macam ang belajar ulangkaji sejarah form 1 sampai form 5 laa jugaa. Paling sedih bila tengok pameran macam mana kemerdekaan kita capai, tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan pemimpin terdahulu. Kemerdekaan tuu adalah sesuatu yang susah diraih namun mudah terlepas kalau kita tak hargai dan jaga. Al fatihah untuk semua pemimpin Negara

Keluar dari Muzium, dia ada galeri terbuka. Nak di jadikan cerita ada 3 pameran yang berlangsung. Pameran sal Sukan SEA, Pameran Kartun Malaysia dan Pameran Pop Ye Ye

Pameran Sukan Sea macam biasa laa, menyingkap kembali sejarah Sukan Sea, Negara mana pernah anjur, ada maskot iaitu Rimau. Sorotan sukan sukan yang mencapai kegemilangan. Gitu laaaa. Plus ada tayangan juga. Tayangan ti Majlis Perasmian Sukan SEA baru baru ni.

Pameran kartun, Sama juga. Menyelusuri perjalan kartun Malaysia. Sentuh bab animasi. Kemajuan kartun di Malaysia. Pameran semua kartunis, animasi yang pernah, sedang dan akan mewarnai kaca kaca televisyen. Gitu laaaa

Same goes juga pameran POP Yeah Ye. Seronok gilaaaaa hat ni. Dulu, band Pop Yeah Ye macam band korean wei, hensem yaa amat. pastu ada tayangan filem yang ada sentuhan Pop Yeah Ye. Teruk juga laa geng tuu heret aku keluar. Biasa laaa bilaa dapat tengok TV ni, aku ni ni macam patung kaca sikit. Keras. kahkahkah. Bab paling syiok sekali bilaaa dapat dengar lagu lagu lama. berjoget juga aku dalam tuu. hahaahaaha. last last depa heret sebab malu dengan aku, why should malu. aku pandai nari kot. ewaahh ewahh joget lagii. kasi lagi. haahahhaah.💃💃

dan lawatan ilmiah kami diakhiri dengannnnn makan KFC. hhahaahahahaha. lalu kami pun pulang. penat bohh. sakit kaki jejalan non stop. hahahahahaah.

Sekian sahaja laa. aku pun dah start ngantok ni. Esok pada waktu yang sama, part 2 pulakk. tapi pi tempat lain. pi mana pi mana. tunggu laa esok. ke lusaa. hahahaahahahah.
Korang kan set penyabar. Sabaq naaa. hahaahah. okey, wasalam. and sayonaraaaaaaaaa!

P/S: Gambaq kat bawah weiii


aku dengan upin ipin sekampung duluu. merajuk wei

pedulikan monumen kat belakang

Pameran Kartun Malaysia

Dalam Muzium Negara. Skru kaki dah longgar

Singgah balik Melaka Sat. Makan Cendol

Taman kat Pusat Sains. Kat bawah tuu ada kolam mandiii. untuk budak

Check lighting weii

Sandar kasih pada yang tak sudi


Lama tak jumpaaa, rindu ang pokok Kepala, eehh kelapa 
Cita cita tak kesampaian. Sebab rajin lena dalam kelas


Benda Fav Sif Jeff meh

Try hard untuk sopan


Penuhi impian toktien nak tinggiiiii
Post Maut dengan bestie zaman batuu

Kami dah, anda bila lagi
Jumpa Bekas laki. nak tuntut cincin nikah 

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...