Tuesday, 16 January 2018

Jom jejalan Woi (Part 1) πŸƒ

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

rasanya tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat tahun Baharu 2018. Moga tahun baharu memberi seribu makna untuk semua. Ikhlas dari seketoi Alia yang gebu, comel dan comel laaa, heheheh

Okey bertepatan dengan tajuk kita kali ini, saya Alia gebu gebas akan berkongsi 3 pengalaman saya yang berjalan jalan disekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Dah habis paper dah lama, mood mengarang baru mai, sat tadi, kahkahkah. okey saya akui saya pemalas, hahhhahahah.

Okey kita mulakan dengan perjalanan pertama bagi tahu 2018 iatitu, perjalanan 4 ketoi adudu yang tak balik study week. kahkahkah. Kitaorang memang jalan jalan time 1 Januari 2018, serius. hahahaah.
Tudung bunga: Yana, Tudung coklat Baru: Mimi. Tudung Bawal biru: Toktien. Paling Comel: Alia  

Perjalanan dimulakan dengan, mesti laa aku tukang spoiler. hahahaah. Janji kul 7, aku bangun 7.30. padahnya sepanjang jalan aku kena ceramah dengan adudu mimi, ko rasa? tapi memang salah aku pun.Sori geng. Tunggu bas Rapid KL macam nak patah tulang belakang, sampai dalam 9.30 macam tuu kat Giant. tunggu lagi Rapid pegi  LRT Glenmerie, akhirnya smpai jugak. Naiklaaa apa punn.. LRT laa tak payah nak tunggu lama tapi ang kena tahan azabnya ramai orang. Gila tak ramai, ang keluar time tahun baru oi.. Lelepas tu turun laa KL Sentral. Tukar naik MRT. Untuk maklumat, MRT memang baru, kalau nak naik dari KL Sentral memang jauh sikit jalan. Naik turun turun turun trurn excalator *Maaf kalau salah eja* Dah gedebuk naik turun turun turun, kitaorang naik MRT dan turun Pusat Bandar Damansara. Turun kat Pintu B dan bas menanti. Naik Bas 'Jom Naik MRT' tu.

Macam kisah kami, biaasa laa mak cik Alia ni juga yang tanya. Kami, takk aku sorang jaa sempat laa bergurau,

Aku: Pakcik, Ni bas lalu Pusat Sains Negara kann?
Pak Cik: Ye, semua nak jadi saintis kaa?
Aku: Tak pakcik, saja nak jadi budak budak balik. Pak cik, kalau smapai Pusat sains habaq tau, saya memang tak tau, Kalau pak cik bawak smapi hujung punn saya ikut jaa.
Pak Cik:gelak

Berpandukan pak cik bas yang ramah aduhai tu, dia berhenti kat seberang jalan ke Pusat sains Negara. dia siap pesan tunggu belah sana bila nak balik. Baik betoi pak cik tuu mehh. Bermula laa sesi jalan kaki ke Pusat Sains. Jauh juga laa kena jalan, well jalan berbukit kan. tapi demi Pusat Saias akan ku redahi jua. Gituu. Sampai jaa Pusat Sains Negara. Kami terus beli tiket. hang paham tak perasaan bila orang lain semua

            2 dewasa, 3 kanak kanak, 1 bawah umur. 3 dewasa 3 kanak kanak

mai turn ang, 

           4 dewasa ekk.

Hanya mampu senyum kambing jaa. Dia ada 2 jenis tiket. Satu tiket masuk Pusat Sains Negara, RM 6 ringgit sorang. And dia aada satu pameran Survive The Bunker yang berharga RM 4 ringgit sorang. Untuk harga kategori lain, boleh kodek Laman Web Rasmi Pusat Sains Negara. Well nama pun Pusat Sains Negara, so dia pameran sambil belajar, Cuma untuk nasihat laa, jangan laa datang time hari minggu atau cuti sekolah. Padahnya, ang kena berkongsi kasih dengan budak budak laaa. Tunggu laa turn. Kalau dashyat sikit, berebut dengan mak bapak budak. Tu memang kena sabar jaa, hahahaahahah.

Cuma ada benda yang sedih sikit laa. ada sesetengah barang pameran rosak akibat ada manusia yang terlebih ganas. Jangan laa gituu. kita kan sama sama berkongsi, tak mau tak mau. Pesanan khidmat Masyarakat dari Alia gebu. hehehehe

dah abis tenyeh main semua, kami berempat macam tertarik nak tengok pameran Survive The Bunker. So kitaorang turun balik beli tiket 4 dewasa. kahkahkah. Okey ni part kelakar. kitaorang semua tak menyangka bahawa pameran ini untuk mengatasi fobia. semasa kami duk tunggu turn ni, ada bapak n anak perempuan dia keluar dengan muka pucat. Time tu bau sedar, ni pameran apa ni.

So ada laa setoi abag yang jaga kat sini, sebelum brief. dia suruh kami layan dulu video kat TV. Al kisaahhhnyaa, ada 4 ketoi sekawan yang masuk hutan. Yang bersambung laaa dengan Pameran tuu. Pastu yang aku ingat depa jerit ketakutan, berlari dan huwaaaaaahhh abis. Untuk pengetahuan semua, saya adalah sejenis manusia yang penakut. Sangat penakut.

Ang rasa, apa yang ada kat dalam sampai semua dalam video tu menjerit ketakutan?

Tak tahan abang tuu boleh pulak berseloroh, awat semua pucat. dia rasa kenapa agaknya?
Time tuu rasa macam nak pi refund tiket wei. Tak mau masuk. Ada pulak 4 ketoi adudu yang boleh tahan laa penakutnya, Nka dijadikan cerita ada sepasang uncle aunt yang nak masuk. so ada laa 6 ketoi manusia nak masuk pameran tu. Dalam pameran ini, dia akan mengajak, bukan pelawa yaa, mengajak *tapi bukan sama jaa ka*, Ang berdepan dengan fobia ang sendiri. Macam macam nama fobia laaa dalam bahasa sainstifik.

ding dong ding dong, kami pun masuk. Ang tau, time masuk tuu aq pikir nak keluar jaa. ada laa tapi mana boleh habaq. nak tau, pi tengok sendiri pi. Yang pastinya menjerit juga laa aku. Tapi serius menarik. Meraba raba aku dalam gelap tuu. dalam hati pikir jangan laa aku terpegang apa apa dalam gelap tuu, tak sanggup nak pikir. dia ada laahh beberapa zon fobia. tapi satu jaa nak habaq, orang yang video tuu memang tere, tere apa? pegi dulu Pameran Survive The Bunker tuuu, baru ang tau depa tere apa.

Abis keluar, kami terus makan tengah hari dan solat Zohor. Pastu pegi laa tunngu bas nak balik MRT. Nak dijadikan cerita, jumpa balik abg bas tuu. aku siap, ehh macam kenal jaa bang. lalu dia pun ketawa. Bila dah sampai stesyen MRT tuu, abg tu siap hon, siap lambai tangan lagi. Tak tau laaa, sejak dari IJN ni, feel ngan abang bas memang cool cool macam tu mehh.
So kita pergi ke Next Stop seterusnya iaitu Muzium Negara. Berilmiah betoi jalan jalan kali ni wei.

Yng paling lawaknya, dah sampai stesyen Muzium Negara. Duk cari laa mana laa muzium ni. Rupanya atas kepala weii. Kluar Gate B, terus jumpaaaa. Nak dijadikan cerita, jumpa tourist tnya jalan nak pi KLCC. Merangkak jugak laa aku terang, Biasa laaa. Kenderaan Awam kat Malaysia ni kena main tukaq tukaq sikit. naik MRT, tukar LRT. Naik bas tukar KTM. gitu laaaaa. Setelah berkedek kedek terang, akhirnya dia dapat laa apa yang aku cuba nak sampai kan, ke tak?

Masuk Muzium Negara, RM2 ringgit sorang. Ada 4 Galeri, Zaman Batu gituu, Zaman Kesultanan Melayu Melaka, Zaman Sebelum Kemerdekaan dan Zaman Malaysia kini. Dia macam ang belajar ulangkaji sejarah form 1 sampai form 5 laa jugaa. Paling sedih bila tengok pameran macam mana kemerdekaan kita capai, tanpa pertumpahan darah dan pengorbanan pemimpin terdahulu. Kemerdekaan tuu adalah sesuatu yang susah diraih namun mudah terlepas kalau kita tak hargai dan jaga. Al fatihah untuk semua pemimpin Negara

Keluar dari Muzium, dia ada galeri terbuka. Nak di jadikan cerita ada 3 pameran yang berlangsung. Pameran sal Sukan SEA, Pameran Kartun Malaysia dan Pameran Pop Ye Ye

Pameran Sukan Sea macam biasa laa, menyingkap kembali sejarah Sukan Sea, Negara mana pernah anjur, ada maskot iaitu Rimau. Sorotan sukan sukan yang mencapai kegemilangan. Gitu laaaa. Plus ada tayangan juga. Tayangan ti Majlis Perasmian Sukan SEA baru baru ni.

Pameran kartun, Sama juga. Menyelusuri perjalan kartun Malaysia. Sentuh bab animasi. Kemajuan kartun di Malaysia. Pameran semua kartunis, animasi yang pernah, sedang dan akan mewarnai kaca kaca televisyen. Gitu laaaa

Same goes juga pameran POP Yeah Ye. Seronok gilaaaaa hat ni. Dulu, band Pop Yeah Ye macam band korean wei, hensem yaa amat. pastu ada tayangan filem yang ada sentuhan Pop Yeah Ye. Teruk juga laa geng tuu heret aku keluar. Biasa laaa bilaa dapat tengok TV ni, aku ni ni macam patung kaca sikit. Keras. kahkahkah. Bab paling syiok sekali bilaaa dapat dengar lagu lagu lama. berjoget juga aku dalam tuu. hahaahaaha. last last depa heret sebab malu dengan aku, why should malu. aku pandai nari kot. ewaahh ewahh joget lagii. kasi lagi. haahahhaah.πŸ’ƒπŸ’ƒ

dan lawatan ilmiah kami diakhiri dengannnnn makan KFC. hhahaahahahaha. lalu kami pun pulang. penat bohh. sakit kaki jejalan non stop. hahahahahaah.

Sekian sahaja laa. aku pun dah start ngantok ni. Esok pada waktu yang sama, part 2 pulakk. tapi pi tempat lain. pi mana pi mana. tunggu laa esok. ke lusaa. hahahaahahahah.
Korang kan set penyabar. Sabaq naaa. hahaahah. okey, wasalam. and sayonaraaaaaaaaa!

P/S: Gambaq kat bawah weiii


aku dengan upin ipin sekampung duluu. merajuk wei

pedulikan monumen kat belakang

Pameran Kartun Malaysia

Dalam Muzium Negara. Skru kaki dah longgar

Singgah balik Melaka Sat. Makan Cendol

Taman kat Pusat Sains. Kat bawah tuu ada kolam mandiii. untuk budak

Check lighting weii

Sandar kasih pada yang tak sudi


Lama tak jumpaaa, rindu ang pokok Kepala, eehh kelapa 
Cita cita tak kesampaian. Sebab rajin lena dalam kelas


Benda Fav Sif Jeff meh

Try hard untuk sopan


Penuhi impian toktien nak tinggiiiii
Post Maut dengan bestie zaman batuu

Kami dah, anda bila lagi
Jumpa Bekas laki. nak tuntut cincin nikah 

Friday, 24 November 2017

Busy nampak ini bulan πŸŒ™

Assaalmualaikum semuaaaaaaaaaaa. dan selamat pagi.
Yeahhh habit Nur Alia kembali semuaa. menemani anda pada jam 3.10 am *tapi orang baca keesokkan paginya πŸ˜‘
Seperti yand dijanjikan pada post lepas *if korang baca laa* daku akan menceritakan tentang pengalaman ber'public relation' di Johor

Bila Nur Alia Yusof nak acah acah sangat πŸ™ˆ πŸ™ˆ
Untuk pengetahuan semua, saya Nur Alia binti Yusof ingin membuat pengakuan. hahahaahah. jeng jeng jeng, saya dengan sesungguh dan sebenarnya tidak pernah menjejakkan kaki ke JOHOR. Ye anak anak pembaca sekalian, saya tak pernah pergi. Okey, stop laughing on me.
Hmmm. hahahaah.
untuk memudahkan pembacaan anak anak sekalian, akan ku letakkan kronologi mengikut tarikh. hahaahaha, arrangement and description sangat~

17 Nov 2017 (Hari Pertama)
Biasa laaa mesti laa bertolak dari Puncak Perdana. Nak dijadikan cerita driver bas yang membawa kelas elek C aku kenal. Driver yang penah bawak pegi IJN. Berbekalkan kekentalan yang boleh laaa tu, aku pun tegur pak cik tuu. Memula dia mcam blur blur,  tapi bila aku mention IJN terus pak cik tu ingat. Okey, serius bangga.hahahaha. Lupakan kebanggaan tuu. Tapi disebabkan bas kami ada masalah, so kitaorng mampu lambai bas tu membawa sir burn dan warga elek C
Muka Sesuci Embun Pagi πŸƒπŸƒ

Tak lama kemudian, bas kami pun sampai, and nak dijadikan cerita drama sinetron, driver bas tu juga aku pernah sembang time pi IJN arituu. tpi pak cik tu tak ingat kat aku. cis. hahahaahah. kiranya bas kami bawak Sir Zaihan sebagai lect pengiring. Nak dijadikan cerita sir tak caya aku tak penah pegi Johor. Yang paling tak tahan, 

"kamu dah umur berapa"
"22 sir"
"22 tahun kamu hidup tak pernah pergi Johor, ruginya kamu"

and Nur Alia Yusof mampu tayang muka toya kuasa 7 jaa. huhuhuhu. aku ingat dengan sir jaa, sekali ngan pak cik driver punn. mengucingkan aku. ditambah perisa oleh sir. nges~

To keep it short, kami pun sampai kat Dewan Serbaguna Permas Jaya, Johor Bahru.
Nak kata comelnya dewan ni, bwah dewan tapi atas ada mini Library. Perpustakaan Sultan Ismail aka PSI. 
Dah sampai Dewan Anak-anak. Time to work!
Tapi tak sempat kelebek sangat sebab sibuk masukkan barang dalam goodies and gubah bunga manggar. FYI, i pemegang Bunga manggar yang lupa amik gambar dengan Bunga Manggar. hukhuk. Lepas abis semua raptai A to Z, kami dibawa ke Pandan Uptown untuk makan malam. Benda paling sedih ialah and berkenaan dengan something tapi bila tengok dompet, pilu jaa rasa. hahaah. Selepas hati menjadi pilu, kami pula dibawa ke Homestay yang terletak di Taman Delima. Nak dijadikan cerita dalam bas dah claim kata nak ruang tamu, lastnya aku ngan Dalia tercampak kat ruang atas tepi tangga. Untuk memujuk hati, semua bilik yang ada aircond, aku buat lawatan sambil belajar. hahahah. Malam ni paling tak tahan sebab semua pakat berebut iron. then we gone to sleep. gituu 😏

18 November 2017 (Hari kedua)

Okey anak anak, aku dah deal dengan pak cik bas datang kul 7, dia tak nak. lastnya gerak kul 7 sebab budak laki bersiap sedangkan kami team perempuan 6.30 dah pacak depan rumah buat sesi bergambar.
Sesuci Embun Pagi part 2 πŸƒπŸƒ
Ada tak gaya tuuu~~
Pagi tuu agak sibuk sebab semua sekolah datang serentak. And i get become MC for a while. Main game dengan adik adik. 
Nak jadi cerita kedua, aku jadi instructor zumba atas sebab sebab yang tidak dielakkan. habis aku heret team IREC buat zumba kat depan. The result? bengong sikit laa tapi disebabkan itu aku dipanggil Mama Shark. Tak tahan betoi. hahahahahah. Lepas zumba, adik adik tu ada sesi Ceramah Literasi Maklumat, sesi Info Hunt, Do it Yourself and diakhiri dengan Majlis Penutup.
For info Hunt, aku punya checkpoint ialah Roda Ilmu. Seronok jugak laa main dengan adik adik tu. tak tahan, kalau nak suruh depa behave, aku ugut suruh depa nyanyi lagu baby shark. hehehehe dan dari situ laa nama mama shark muncul. 🐟 🐟
Done secara rasminya ❤❤


Lepas habis program, gambor laa jawabnyaaaa. Lepas sesi gambar non stop, kitaorang dibawa ke Istana Bukit Serene yang merupakan kediaman Rasmi Sultan Johor. Aku yang baru bangun tido gigih ambik gambar sampaikan sir tegur nampak laa first time sampai Johor sampai dengan Air pun amik gambar.
Gambar wau alif jim ba jika sampai sini
Dah abis snap snap dan abis suara, kami dibawa ke Kilang bateri yang telah diubah suai menjadi tempak lepak Hipster der. And malam tu, makan di sponser dohh. Terima kasih πŸ’™πŸ’™dan hari tu berakhir dengan indah. Tapi tak ada laa awal pun.
Kami kelaparan lalu terpesan MC Donald malam tu. hukhuk.








19 November 2017 (Hari Terakhir)
Pagi yang indah dimulakan pada jam 8.30. Lepas dah habis segala lambaian terakhir kat homestay, kami bergerak ke Selera Johor yang terletak di area stesyen terminal bas Larkin. Pagi tu makan nasi lemak jaa. sebab tak berapa selera. Lepas tu, kami bergerak ke Legoland. Amik gambar ajaa deh, harga tiketnya membuatkan daku mahu menangis. Tapi ada pasang niat laa nak pergi di masa hadapan. kalau bakal somi rock skit, nak ajak honeymoon kat sana. hahahhahahahahah.
Hubby, keluarga diaorang dah, bila keluarga kita pulaakkk πŸ˜€πŸ˜€

Lepas tu kami bergerak ke Forest City. dalam hati duk memikir laa apa jaa yang ada. sekali aku masuk rasa macam takk nak keluar. kat sini laa rasa rahang lenguh sebab sibuk bergambar non stop. abis dipusing nya dari dalam keluar pastu masuk balik. serius tak bohong, lawa gilaa doh. Kat sini aja laa jual rumah, tapi harga dia membuatkan rasa macam. hmmmmmmmmmmmm.
Done disana, kami pun bergerak pulang. Ingat dah habis, rupanya takk.
singgah laa sat kat Ayer Hitam. Yang paling mencabar keimanan, duit ang tinggal 10 tapi meleleh air liur tengok barang yang dijual. Lepas meleleh air liur, jadi bergerak balik laa. Tapi singgah laa sat kat R&R Ayer Keroh Melaka. Disini bermulanya drama bersamamu edisi khas.

Aku, Yana dan Daliaaa pussssinnnng laa satu R&R ni dengan harapan nak cari ATM. sekali seketoi ATM pun tak ada. Time tu rasa sedih, drama indon kot. Sekali korek korek dompet bertiga, dapat laaa beli roti ngan air kotak. Benda yang paling tak akan aku lupa perbualan dengan Yana time tu

"Ayaa, apa kata kita buat busking, pastu letak topi untuk orang letak duit"
"Confident betoi suara sedap nohh"

dan diakhiri dengan ketawa. huhuhuhu

Sekian sahaja. apapapa pun bersyukur akhirnya berjaya menjejakkan kaki di Johor. Bila pergi Johor ni, ada satu benda yang aku sedar. Dalam Malaysia ini pun, ada tempat yang sangat sangat menarik. Kita sibuk nak ke Luar Negara, sedangkan orang luar duk memuji dan memuja keindahan negara kita. Jadi nak pesan kat sini, bermusafir laa. Anda tidak tahu apa yang menarik menanti anda.
Ewahh, macam duta perlancongan pulakkkk πŸ’‹πŸ’‹
okey, sekian sahaja. Esok nak gi Melaka pulak. Assignment menanti mehh
Wasalam dan Sayonaraaaaa πŸ’šπŸ’š

πŸ””πŸ””PS: Tak abis lagi, tengok laa gambar kat bawaaaaaahhhhh sanaaaaaaaaπŸ””πŸ””
10 Ketoi manusia yang tak faham maksud behave



Team PR 2017 *jangan cari, serius tak jumpa*

Kalau perlukan khidmat Bunga manggar, rojer key

Team Akak Part 6 havoc nak mati bersama entiti
Half of Elek B

Putarkan Roda Ilmu punya Team

Team Lapor oii



Sis Mampu amik gambor jaa πŸ“·

Model tengah sibuk bersiap di belakang

Kekasih yang lama terpisahhh 😚😚


Rasmi kamera phone cik Yanaaaa

Team Program bersama Sir






Ayaa memang comel, tau tau πŸ’‹πŸ’‹ 


Mc untuk dijual. Soaraa dia sedap nak mati kalau MC.
Irfan, mai laa sora ang kat aku dohhh. nanak.
Sis cannot dengan sora dia, ni nak buat fan club ni πŸ’–πŸ’– 

Wednesday, 22 November 2017

Ujian itu rencah dunia. Dan manusia.

Assalamualaikum semuaa. Selamat pagi. 🐣🐣🐣

Sebeluumm melangkahh lebiiiiiihhhh jauh, nak inform this post are fully typing by me on the phone. Sorry kalau not too colourful🌈🌈

Okey yang ni memang serius pagi. Tak tipu. Hahahah. ⌚ di ⌚ tangan yang disangkutkan di dinding menunjukkan pukul 7.47 pagi 🌁.

Kepada yang mengenali saya dengan tere nya,  jangan tanya lebih lebih. Senyap kat situu. Shhhh.
Okey tengok tajuk pun semua dah tau. For your information, tajuknya memang dah melekat lama dalam otak. Dari 2 minggu lepas lagi. Cuma masa menyekat aku untuk update. Dan malaas. Sikit. Hihihi

Benda ini bermula bila semua dikeliling aku menjalani kisah yang sama. Ditimpa ujian. Ditimpa dugaan. Ditimpa kesulitan yang menyebabkan mereka seakan longlai dilambung kuatkan ombak masalah. Aku sebagai sahabat dan kawan rasa terpanggil untuk memberi kekuatan,  semangat. Sebab bagi aku,  setiap masalah akan dapat diatasi kalau individu itu sendiri yang kuat. Sebab aku hanya mampu bertindak mendengar. Setiap manusia ada level ujian dia tersendiri. Setiap ujian yang ditimpakan memang bersesuai dan Allah tahu ang mampu. Ang bukan saja saja, "okey,  ujian ni saja saja untuk ang". No. Seperti yang dimentionkan dalam ayat al quran

πŸ’žAllah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
-Surah At-Talaq, ayat 7

So jangan fikir jauh sampai benua Antartika
*teringat kat adik adik Johor time PR πŸ˜‚*
And manusia secara hukum alamnya akan ditimpa ujian. Bayangkan how dull your life kalau tak ada ujian.
Cuma aku nak selit sedikit ayat al quran yang berbunyi:

πŸ’žPatutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)
-Surah Al-Ankabut (29:2)

So as manusia, as khalifah, kita memang akan ditimpa ujian. So kuatlahh. Percayalah Allah ada janjikan sesuatu yang sangat sangat berharga dipenghujungnya. InshaAllah.  Allah pun nak bukti juga, betoi tak kita ni dengar cakap Dia or just mulut jaa berbicara tapi hati tak. Macam kita juga,  nak buktikan cinta, macam macam dibuat hah. Huhuhu
Well aku rasa entry kali ini quite serious. Sebab aq nak bgtau yang kalau korang rasa down. Ada orang lain lagi down. Kalau ang rasa ang lagi lagi down,  ada yang yang super duper power ranger lagi down dari ang.

πŸ™†Contoh dia macam ni. πŸ™†
Kalau korang rasa parent korang garang, ada parent langsung tak ambil peduli. Kalau korang rasa parent tak amik peduli,  ada yang didera oleh parentnya. Kalau rasa korang didera oleh parent korang,  ada yang tiada parent pun. Kalau rasa yang tiada parent tu,  ada lagi yang tak pernah tengok parent depa sendiri.

Tak salah untuk bersedih kalau ditimpa ujian. Tak salah kalau kecewa. Tiada pun dalam mana mana buku,  anda tidak dibenarkan kecewa mahupun bersedih kalau ditimpa kesusahan. Tak ada pun. Serius tak ada. Aku pun kalau ditimpa masalah punn nangis jgak,  cuma ego ahh tak tunjuk. Hahahaha.  Kita ni manusia. Secara sains logik akal dan fitrahnya,  kita memang ada perasaan. Ada emosi. Cuma jangan biarkan kesedihan tu mempengaruhi kita sampai kita mampu lakukan perkara perkara yang dilarang oleh Syarak. *fuhhh, macam hmmm sangat kan*

So sila bersedih kalau ada masalah. Sila menangis kalau ada masalah. Lagipun menangis baik untuk mata. Untuk cuci cuci dan keluarkan segala kotoran yang ada tuu. Wiper wiper. Hahahhha.

Well that my fully opinion on life and problem matter. Setiap orang ada pendapat dia kan. Raikan kepelbagai solusi orang. Pilih yang terbaik untuk diri sendir, bukan terbaik dipandangan orang.
Itu je kot. Macam mak mak sangat ni hah. Huhuhuhu.

Sekian sahaja dari alia yang comel dan gebu. Hahah,  well πŸ˜‰
Bai bai,  sayonara dan wasalam


πŸ‘‘PS:πŸ‘‘
Ahh,  nanti den upkan sal PR di Johor. Ngah collect gmbar lagi. Dapat full,  i will write about it. Cewahhh

Wednesday, 6 September 2017

Cerita tentang Attachment Institut Jantung Negara Part 2 πŸ€, Turututuruu

Assalamualaikum, 
Salam sejahtera
dan Selamat pagi. 

Biarpun bukan DR, P/S:Time ni demam, tu yang ber'mask'
Again. hahhaahah. Sukacita dimaklumkan tuan blog memang suka menulis tengah pagi. hobi katanya. actually dak. dia baru abis makan maggi sebab lapar. hahaah. and aku tak kan habaq pada pukul berapa aku makan sebab nanti kantoi laaa dia makan tengah pagi but secara literally and boleh tengok bila entry ni dipostkan. tett. hahaha. mengarut. okey kita terus kepada tujuan utama

As saya Alia yang comel dan comel janjikan *amin*, maka saya akan sambung part 2 mini mini attachment day kali ketiga iaitu baru jaaa abis minggu lepas. masih segar di ingatan. gituu. hahahha

okey. suka saya nak mention kerja kali ini berbeza tugasnya berbanding yang lepas. Sila rujuk entry lepas jika anda macam blur apa yang mak cik ini tengah mentionkan. berbekal semangat dan rasa tak malu dari sem lepas, aku join yg kali ini punya. Tapi trip kali ni, aku abis hasut geng aku yang sebelum ni join. atas dasar, tak kesian ke kat aku sesorang sambil buat muka kesian. hahahahaha. 

Kali ini punya projek namanya Data Entry and Melekatkan Color Coding. okey. 
Untuk pengetahuan semua adik akak abang dan sesiapa pun anda, majoriti institusi hospital mengunakan warna untuk melabelkan coding setiap fail. Hal ini demikian kerana ang boleh tengok kaler tu dari jauh. okey, tidak. sebab kita manusia lebih tertarik dan peka kepada warna berbanding nombor. pada asasnya rekod hospital menggunakan running number as coding system. So kita, bukan mereka telah menambah baik dengan padankan satu nombor dengan satu warna. which is IJN buat. 

Okey serius. nak ajar type of coding system pulaaakkk. hahaha. ada lima semuanya which is:
¡Decimal System- kiranya dia ada titik perpuluhan laaa. setiap titik tu ada pemisah dia
¡Multi-part System- sama jaa dengan decimal tapi dia dipisahkan dengan slash
¡Alphanumerical System- bertepatan dengan nama dia, dia campuran dengan huruf dan nombor
¡Running number System- coding yang guna nombor yang berterusan
¡Block Number System- yang ini tak salah ikut function 
¡Keyword Code System- guna perkataan yang telah didaftarkan as keyword laa

contoh ek. kalau ada satu fail student contohnya. 
 UITM/FPM/REC/Sept2017 *ni adalah contoh bagi multi-part system coding. every word ada maksud diaa
UITM- Nama Universiti
FPM- Nama fakulti, Fakulti pengurusan Maklumat
Rec- Nama kursus dia
Sept2017- time intake dia masuk

 Untuk contoh lain sila google ye. hakak ni ajar apa yang hakak tahu sahaja. hihi. and again, kalau salah tegur naahh

Berbalik kepada tajuk asal. So kami akan letak sticker warna kat fail IJN ni sebab katanya ada sejarah misfiling. Jadi harapnya dengan melekatkan sticker kaler ikut section akan menggurangkan masalah tersebut. So team Uitm yang berjumlah 69 dibahagikan kepada 2. Setengah buat kerja data entry kat tingkat 5 dan setengah lagi akan lekatkan color sticker kat storage. Dan disebabkan nama saya bermula dengan Nur plus huruf A dihadapan, jadi aku duduk atas buat kerja team data entry. Tak juga, aku buat kerja before data entry dibuat. *actually aku rasa paper record ngan aku mcam bestie. Tak akan terpisah* so kami yang kat tingkat 5 ni, menguruskan 4 jenis rekod which is CCU Chart, MC Booklet, CD dan Retained Document.

For information, lepas dimasukkan data bahan rekod tu, ianya akan dihantar ke warehouse. Dan akan disimpan. If orang mintak, depa akan retrieve balik bahan tuu. Untuk CCU Chart, CD dan MC. Ianya di key in sahaja. Berbeza dengan retained document, dia aadaa kerja kerja khas before di data entrykan. Kita kena check apa jaa form yang ada and tick kat checklist.

Untuk kali ini punya practical, aku dapat kerja lain sikit. Ye laa, nama pun ketua, kerja mesti heavy berbanding yang lain. *actually tak heavy pun, special mungkin.* hahaahahaa. Disini laa aku bertemu dengan kekasih aku which is Mesin Photostat bersama adik beliau which is kertas A4.
Say Hello to my BF πŸ’œ
Hahahhahahahahhah. Okey, serious talk, aku sayang gila mesin Photostat tuu. Hakhakhak. Aku masih lagi merinduinya. Till sekarang. Everyday aku akan photostat check list untuk retained document. Disebabkan perempuan cepat kerja macam ini, hampir setiap hari aku akan turun. Hampir 1000 keping jgak laaa. 2 hari sekali aku akan jenguk kepala kat bilik admin untuk minta kertas. Sampai kadang-kadang tak sempat habaq dah dihulurkan kertas.

Lepas di key in maklumat yang diperlukan dalam system, setiap kotak tu akan di’QC’ oleh team kotak. Yup, memang nama team kotak. Sebab depa paling tere buat kotak mungkin. Hihihi. Depa akan check kuantiti sama tak dengan dalam system. Pastu letak kat belakang, tunggu orang orang dari warehouse amik. Yeaaahh, abis.

Itu laa kerja untuk kali ini punya practical. Cuma sem ni aku bertindak as ketua. Dan sesungguhnya menjadi ketua adalah tanggungjwab yang sangat sangat sangat besar. 
Untuk sesiapa yang mengenali aku, aku adalah insan kartun yang mudah gelabah. So quite hard untuk aku sembunyikan kerisauan aku bila tak cukup orang atas bas setiap kali trip pergi dan balik. Aku cuma harap kita as student practical tak kira laa mini attachment or yang untuk setiap sem tu, jagalah tingkah laku. Sejujurnya orang tengok kita dan kita sendiri menjadi duta kecil untuk university kita. Hormat menghormati sesame sendiri dan staff juga. Jangan fikir kenapa orang tak hormat orang lain kalau kita sendiri tak belajar nak hormat orang lain. #DoneCeramah

Cuma aku as ketua nak amik kesempatan untuk minta maaf sebab tak mampu jadi ketua yang cukup berkaliber. Banyak lagi nak kena belajar and this is one of my learning platform. Hee.

Jadi saya menyeru kepada semua, kalau ada peluang macam ni, join laa. 
Bila lagi nak dapat pengalaman seperti
  • banguun pagi pagi, 
  • berlari kejar bas, 
  • turun tangga sebab lif digunakan, 
  • berbual dengan mesin fotostate hujung minggu, 
  • kena tegur ngan mak cik cleaner, 
  • makan roti dari Bread Story, 
  • mereput tunggu bas lepas kerja, 
  • main kejar kejar atas jejantas, 
  • baca buku kat PNM mementara tunggu solat jumaat, 
  • recap memori ngan senior yang kerja sana, 
  • usha anak orang, ehhhh. Aku bukan anak orang ja. Hahahaahah. Teeetttttt.


Itu jelaah perkongsian kali ini, ada hidayah kita sembang benda lain. Contohnya kat mana tempatt best kat Shah Alam ke *Shah alam ada apa weii?* bila ang nak perasan aku suka ang kaa? Ehhhh? Hahahaha. Sekian sahaja. Sayonara dan wasalam.


P/S: Like before, aku akan tempek beberapa ketul gambar kali ini. Banyak bhai. Biasa laaa. As ketua ah lantik biro multimedia kot. hahahhaah *Still gambar dengan signboard IJN tak ada sampai sudah*


↓↓Gambar kat bawah laaaaaa↓↓



Reward sebab jawab soalan. Terima kasih 🌸

Pemandangan dari PNM terchentaπŸ’‹



Hubby separuh masa


Teman yanananana buat data entry

Taklimat ngan Madam Nik

Hari Pendaftaran

Bila ang banyak peminat *Waktu Rehat, tido je laa*


Thank belanja Roti plus kaya πŸ’œ

Okey, ini istilah isi masa lapang tunggu bas

Thank En Zaki lanjee 

Team 3 this time. Tukang amik gambor

ermmmmmmmmmmm

Yeah, i am done as ketua this time πŸ’Ÿ 
Hahaha. last picture with memories



Last kerja before balik. Bai En Nafis

Akhirnyaaa πŸ’™

Kelas excel bersama cikgu Nafis
Sis Kema yang jadi tukang kira, tukang menenangkan dan tukang mendengar πŸ’œ

Housemate, soulmate and my assistants 

Saya Bosan: Versi PKP Covid-19

Assalamualaikum dan hai semuaaa~   Harap sihat sihat belaka semua. Buat sesiapa sesiapa yang membaca blog saya yang terakhir kalinya, ye...